Elak simpan coklat dalam peti sejuk

Agensi
Januari 28, 2018 08:26 MYT
Untuk mengelakkan coklat cair, anda perlu menyimpan coklat dalam ruang yang kering dan gelap bersuhu dingin. -Gambar hiasan
BAGI peminat coklat, pastinya manisan itu akan diletakkan di dalam peti sejuk atas alasan supaya tidak cair.
Namun, 'tabiat' pencinta coklat itu sebenarnya memberi tidak betul sekali gus mengurangkan keenakan dan rasa sebenar manisan tersebut.
Malah, pakar mendedahkan anda tidak sepatutnya menyimpan coklat dalam peti sejuk walaupun suhu bilik berada dalam keadaan panas.
Pakar manisan coklat, Luke Owen Smith dari New Zealand menyatakan coklat yang disimpan di dalam peti sejuk boleh menjejaskan kelazatan coklat tersebut.
“Apabila coklat itu di simpan di dalam peti sejuk, ia akan menyebabkan coklat tersebut kehilangan rasa aslinya,” katanya seperti yang dipetik dalam laporan Mirror.co.uk.
BACA: Coklat mungkin 'pupus' pada 2050 nanti
Tambahnya, untuk mengelakkan coklat cair, anda perlu menyimpan coklat dalam ruang yang kering dan gelap bersuhu dingin.
“Untuk memastikan anda dapat merasa kelazatan coklat tesebut, simpan di dalam bekas yang ditutup rapat supaya tidak menjejaskan rasanya,” tambahnya.
#cair #coklat #lazat #Luke Owen Smith #New Zealand #peti sejuk
;