Elak 'disembur' arak, Khairul Idham dapat pujian

Madiha Abdullah
April 5, 2016 16:25 MYT
Khairul Idham lari ketika 'semburan arak' oleh pemenang lain.Foto/Facebook
NAMPAKNYA rakyat Malaysia masih memperkatakan kejayaan yang dicatat Khairul Idham Pawi, yang menjuarai Moto3 Grand Prix, Ahad lalu.
Namun contoh yang ditunjukkan Khairul Idham bukan setakat kejayaan tersebut, tetapi dia juga mempamerkan keperibadian yang terpuji sebagai teladan buat anak muda.
Jauh di negara orang tidak membuatkan remaja berusia 17 tahun itu lupa jati diri dan asal usulnya. Ini terbukti apabila dia dilihat melarikan diri daripada 'semburan arak' ketika berada di podium.

Walaupun berada di luar negara dan memenangi kejuaraan Moto3 di Argentina, Khairul Idham Pawi tidak terpengaruh dengan budaya barat untuk goncang dan buka botol arak. Malah, beliau lari dari podium untuk tidak terkena air arak. Respek! (Y)

Posted by Friends of BN - Barisan Nasional
[SHARE] JUARA, LAGU NEGARAKU vs ARAK

Khairul Idham Pawi LARI dari Disembur ARAK..TAHNIAH ANAK MUDA !!!.."SHARE" jika BANGGA

Posted by Hanya Di Kelate
Dalam beberapa video yang tersebar di laman sosial, Khairul Idham melarikan diri dari podium apabila menyedari pemenang tempat kedua dan ketiga mengarahkan semburan arak itu kepadanya.
'Semburan arak' merupakan satu tradisi dalam upacara penyampaian hadiah bagi acara perlumbaan-perlumbaan sedemikian.
Netizen memuji tindakan Khairul Idham itu dan berharap penunggang muda itu agar bukan sahaja menjaga prestasi di litar, tetapi juga menjaga diri dan akhlak sebagai seorang yang beragama Islam.
#Grand Prix Argentina #Khairul Idham Pawi #Moto3 #permotoran
;