Ekspedisi Kilimanjaro terjemah semangat kesepaduan, daya tahan organisasi tempatan
Astro Awani
Oktober 9, 2024 11:00 MYT
Oktober 9, 2024 11:00 MYT
BERSEMPENA sambutan bulan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia baru-baru ini, satu pasukan muhibbah beriltizam untuk menggapai puncak salah satu ’Seven Summits’ iaitu puncak tertinggi setiap benua.
Dalam satu kembara memaparkan nilai kesepaduan, daya tahan, serta tekad penuh keazaman, 19 warga kerja Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC), berjaya menawan puncak tertinggi benua terbesar Afrika, yang juga selaras prinsip Malaysia Madani terutamanya kemampanan mencerminkan kemajuan mutu kehidupan bangsa dan keseimbangan antara manusia dan alam.
Dipimpin Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Muzafar Kamal Shahaluddin, ekspedisi ini bukan hanya satu cabaran fizikal, tetapi juga melambangkan nilai-nilai teras negara: komitmen kepada pertumbuhan progresif, inklusif dan lestari.
Pendakian ini melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama antara ahli pasukan serta semangat nasional untuk maju sebagai sebuah bangsa yang berkeyakinan tinggi dan berdaya tahan.
Mengukuh pasukan dan membina ketahanan
Ekspedisi Kilimanjaro ini telah membuktikan wujudnya semangat berpasukan yang sangat
tinggi kerana perlu mengharungi cabaran bersama.-sama.
Pasukan ini turut menghadapi rintangan fizikal dan mental, perlu bergantung antara satu sama lain untuk sokongan, kepercayaan dan motivasi.
Pengalaman ini telah membentuk hubungan yang sangat kukuh, meningkatkan semangat kerjasama dan komunikasi efektif dalam pasuka tersebut yang dibawa balik dan diserapkan dalam kalangan seluruh tenaga kerja.
Mempromosi kesepaduan dalam tindakan
Seperti kejayaan setiap pendaki pasukan ke Kilimanjaro yang bergantung kepada usaha
kolektif kumpulan, kejayaan korporat pasti didorong oleh kesepaduan dan kerja berpasukan.
Ekspedisi ini menekankan pentingnya inklusiviti dan tanggungjawab bersama - dengan
mempraktikkan nilai-nilai ini, kesemua pendaki ahli ekspedisi ini menunjukkan kekuatan
mencapai matlamat bersama.
Menekankan kesihatan dan kesejahteraan
Persediaan dan pelaksanaan pendakian Kilimanjaro menekankan pentingnya kesihatan dan
kesejahteraan.
Dengan menggalakkan aktiviti fizikal yang konsisten dan ketahanan mental,
ekspedisi ini memupuk tabiat yang lebih sihat, menyumbang kepada produktiviti yang lebih
tinggi dan mengurangkan keletihan.
Fokus pada kesejahteraan ini selaras dengan penekanan negara untuk mencipta persekitaran yang menyokong individu untuk maju secara peribadi dan profesional.
Memperluas perspektif
Ekspedisi ini juga telah memberi peluang kepada peserta untuk berinteraksi dengan budaya
dan persekitaran baru, seterusnya memperluaskan pengalaman mereka.
Pendedahan kepada idea dan cara berfikir yang pelbagai bagi mengatasi cabaran juga memupuk kreativiti dan empati - ciri-ciri serta kualiti penting untuk inovasi dalam dunia globalisasi.
Pengalaman ini mencerminkan komitmen Malaysia MADANI memupuk masyarakat inklusif.
Menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).
Seiring komitmen terhadap kelestarian, ekspedisi Kilimanjaro menyumbang kepada beberapa SDG, menyokong fokus negara dalam pembangunan lestari dan saksama:
- SDG 3: Kesihatan yang Bbaik dan kesejahteraan, iaitu mempromosikan kecergasan fizikal dan ketahanan mental.
- SDG 4: Kualiti pendidikan, melalui sesi pendidikan mengenai kepimpinan, kerja berpasukan dan kelestarian.
- SDG 15: Kehidupan di darat, dengan melibatkan diri dalam ekosistem tempatan dan
mempromosikan kesedaran alam sekitar.
- SDG 17: Kerjasama demi matlamat, memupuk kerjasama dengan pemandu tempatan di
Tanzania dan menyokong ekonomi tempatan.
Warga kerja yang menyertai ekspedisi ini secara tidak langsung menjadi duta yang
bersemangat tinggi untuk syarikat.
Kisah mereka boleh mendorong semua rakyat Malaysia demi memupuk komitmen terhadap penambahbaikan peribadi dan profesional.
Sebagai Duta CDC, 19 ahli ekspedisi akan mengukuhkan peranan syarikat sebagai organisasi dinamik dan berfikiran ke hadapan, selaras nilai inovasi dan kecemerlangan.