Earth Hour: Matikan suis demi selamatkan bumi
Agensi
Mac 25, 2023 14:28 MYT
Mac 25, 2023 14:28 MYT
EARTH Hour bermula pada tahun 2007, bertitik tolak daripada kekecewaan tentang ketidakupayaan untuk menangani perubahan iklim dan melindungi alam semula jadi.
Pada 31 Mac 2007, lebih 2.2 juta individu di Sydney, Australia memadamkan lampu mereka selama satu jam, yang menandakan permulaan pergerakan Earth Hour. Hari ini, ia menjadi acara global, dengan lebih 190 negara mengambil bahagian.
Earth Hour ialah salah satu gerakan alam sekitar terbesar di dunia, yang berlangsung setiap tahun dengan matlamat yang sama seperti pada tahun 2007, iaitu untuk menyatukan dunia dalam menyokong planet ini.
10 fakta menarik Earth Hour
1. Ia adalah salah satu gerakan alam sekitar terbesar di dunia yang dianjurkan oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) dan rakan kongsi di seluruh dunia, tetapi diketuai oleh komuniti Earth Hour.
2. Sudah 16 tahun sejak Earth Hour bermula pada 2007 sebagai gerakan kecil di Sydney, Australia.
3. Ia lebih kepada membina semula sambungan daripada hanya mematikan. Earth Hour ialah saat apabila komuniti global bersatu dan mematikan lampu untuk menunjukkan bahawa mereka mengambil berat tentang masa depan bumi, rumah yang dikongsi bersama.
4. Setiap tahun, ratusan juta penduduk dunia, mercu tanda terkenal, perniagaan tempatan dan kumpulan komuniti di seluruh dunia mengambil bahagian dalam acara dan aktiviti Earth hour.
5. Pada tahun 2020, Earth hour bergerak secara digital sepenuhnya buat kali pertama di UK. Selain memadamkan lampu, ramai orang berhubung dalam talian dengan menyertai acara digital dan strim langsung.
6. 'Earth Hour Forest' pertama di dunia telah dilancarkan oleh WWF Uganda, sebagai sebahagian daripada kempen Earth Hour 2013 mereka untuk memulihkan 2,700 hektar tanah terdegradasi.
7. Spider-Man menjadi antara wira-wira pertama yang menjadi duta global kempen Earth Hour pada tahun 2014, membawa perhatian yang amat diperlukan dan jangkauan global untuk gerakan Earth Hour.
8. Pada 2015, angkasawan Itali, Samantha Cristoforetti menyertai gerakan Earth Hour dari angkasa dengan memegang papan tanda 'Change Climate Change', terapung di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa.
9. Kempen ini membawa kepada inovasi hijau yang cemerlang untuk mengecas telefon. Terdapat pokok suria (solar trees) yang disediakan di seluruh Shanghai semasa Earth Hour, yang membolehkan orang ramai mengecas peranti mudah alih mereka dengan tenaga hijau boleh diperbaharui.
10. Hari ini, pada jam 8.30 malam waktu tempatan, 25 Mac 2023, berjuta-juta kediaman di seluruh dunia akan mematikan lampu sebagai tanda prihatin tentang masa depan bumi ini.