Dulu bintang Arsenal, kini merempat di tepi jalan

Agensi
Disember 27, 2017 11:42 MYT
EBOUE terpaksa bersembunyi bagi mengelak pengutip hutang. - Gambar portal mirror.uk
Siapa sangka individu yang pernah bergelar bintang bola sepak terkemuka dalam Liga Perdana Inggeris bersama kelab terkemuka Arsenal suatu ketika dahulu kini hidup merempat.
Tentunya nama Emmanuel Eboue tidak asing dalam kalangan peminat bola sepak liga tersebut.
Dahulu namanya gah, gaya hidupnya juga sangat mewah seperti juga pemain-pemain bintang Liga Perdana Inggeris yang lain.
Berkereta mewah, mempunyai rakan dan peminat di seluruh dunia selain sosial di kelas atasan adalah sinonim dengan dirinya sepanjang tujuh tahun beraksi di pentas liga bolas epak paling elit di dunia itu.
Namun semua itu tinggal sejarah yang kian terpadam dari dirinya.
Eboue, 34 tahun kini hampir saban hari terpaksa bersembunyi dan melarikan diri daripada pengutip hutang yang sentiasa mengejarnya selain terpaksa menjadikan kaki lima sebagai katil empuk untuk berteduh.
Begitulah nasib terkini bagi pemain yang berasal daripada Ivory Coast itu.
Ketika ditemui media, rupa dan penampilannya yang segak dan gagah suatu ketika dahulu kini telah berubah.
Beliau sendiri mengakui apa yang perlu dihadapi ketika ini adalah disebabkan kegagalan menguruskan kewangan serta terlalu mempercayai rakan.
Eboue juga tidak menafikan bahawa dia hampir mengambil jalan singkat untuk membunuh diri kerana tekanan yang dialami.
Lebih malang lagi apabila dia juga digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selama 12 bulan kerana insiden pergaduhan dengan ejennya.
Lebih memburukkan keadaan apabila dia bercerai dengan bekas isterinya selain diisytiharkan muflis selepas mahkamah mengarahkan Eboue menyerahkan semua hartanya kepada bekas isteri.
Dia juga kalah dalam kes hak penjagaan ke atas tiga orang anaknya hasil daripada perkahwinanya itu.
#Arsenal #bola sepak #eboue #FIFA #hutang #kalah #Liga Perdana Inggeris #mahkamah #Media #merempat #mewah #muflis
;