Dubsmash jadi kegilaan netizen!
Kohilah Sekaran
April 28, 2015 16:40 MYT
April 28, 2015 16:40 MYT
Sejak kebelakangan ini, aplikasi Dubsmash menjadi kegilaan netizen sehingga akaun Facebook dan Instagram kita dibanjiri dengan video ini. Apakah itu Dubsmash sebenarnya?
Dubsmash adalah aplikasi ‘lip syncing’ yang membolehkan pengguna telefon pintar memilih petikan lagu ataupun petikan rakaman audio terkenal dari filem, rancangan TV dan lain-lain dalam berbagai bahasa untuk rakaman video sendiri.
Klip itu kemudian boleh dikongsi melalui WhatsApp, Facebook, dan Instagram. Nak jadi Mariah Carey? Taylor Swift ataupun Minion? Aplikasi ini boleh menjadikannya kenyataan!
Bukan satu, dua tetapi beribu pengguna telefon pintar dari seluruh dunia menggunakan aplikasi Dubsmash ini.
Nampaknya, selebriti terkenal seperti Hugh Jackman, Neymar Jr, Chrissy Teigen, Mitchell dan Ashley Benson turut terpengaruh dalam budaya Dubsmash ini.
Malah, bukan sahaja artis antarabangsa, artis tempatan seperti Siti Nurhaliza, Nora Danish turut terlihat menggunakan aplikasi Dubsmash ini.