DOTA 2: TI6 tawar habuan lebih RM75 juta, tertinggi dalam sejarah e-sukan
Mariah Ahmad
Julai 29, 2016 16:00 MYT
Julai 29, 2016 16:00 MYT
Kejohanan The International 2016 (TI6) mencipta sejarah pada tahun ini dengan rekod kutipan melebihi RM75 juta, jumlah tertinggi dalam sejarah sukan elektronik.
Jumlah terkumpul RM75,035,075 kali ini mengatasi kutipan pada tahun lalu iaitu sebanyak RM74,963,372.36.
TI6 yang bakal berlangsung pada 3 hingga 14 Ogos nanti merupakan kejohanan tahunan DOTA 2 edisi keenam anjuran Valve.
Perlawanan peringkat kumpulan dan ‘wildcards’ membuka tirai pada 3 hingga 6 Ogos dengan kesemua 16 pasukan bakal merebut lapan tempat teratas pada acara utama.
Acara utama kejohanan pula bakal berlangsung pada 9 hingga 14 Ogos, yang bakal menentukan kedudukan finalis ‘upper bracket’ dan ‘lower bracket’.
Sementara itu, stesen televisyen berbayar Astro akan menyiarkan secara langsung kejohanan TI6 menerusi Saluran 808 Egg Network dan Astro On the Go.
Siaran langsung The International 2016 di eGG Network (Saluran Astro Astro 808)
“Lebih 1.6 juta peminat menonton siaran pada pusingan akhir TI5 tahun lalu dan kami percaya akan lebih ramai lagi yang akan menonton kejohanan tersebut kali ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.