#DONNA: Siu Lim, hilang dalam cinta lantas menemui iman
Astro Awani
Jun 8, 2017 00:34 MYT
Jun 8, 2017 00:34 MYT
MENEMUI Islam ketika dia langsung tidak mengambil peduli tentang agama, Siu Lim telah diuji dengan pelbagai dugaan. Dia memeluk Islam ketika berusia 22 tahun, dan mendirikan rumahtangga setahun kemudian.
Selepas beberapa tahun melayari bahtera rumahtangga, dia mendapati dirinya terperangkap dalam hal poligami.
Bagaimanapun, situasi itu telah membawanya lebih dekat dengan agama. Meskipun, baru-baru ini terpaksa berpisah dengan suaminya, ibu kepada empat orang anak itu menanam tekad untuk mencapai satu tujuan dalam hidupnya - untuk menjadi seorang Muslimah, seorang ibu dan seorang insan yang lebih baik.