Doktor kongsi cara buat ubat batuk guna dua bahan sahaja

Pa and Ma
Julai 16, 2022 10:00 MYT
Yang menariknya petua ini boleh keluarkan kahak dengan mudah. - Gambar hiasan
SEJAK dua menjak ini anak asyik batuk sahaja, bukan anak sahaja yang batuk boleh dikatakan satu keluarga alami penyakit batuk-batuk.
Kalau anak yang masih kecil mesti ibu dan ayah risau nak beri ubat batuk di pasaran kan?
Kalau nak buat sendiri pun boleh, jom ikuti perkongsian dari doktor ini. Selamat mencuba!
Pernah tengok tak kesan ambil ubat batuk pada otak? Masa kerja di Melbourne dulu saya pernah tengok. Takut saya jadinya bila tengok.
Semenjak dari itu saya tak ambil lagi ubat batuk. Tak bagi lagi pada anak-anak. Jauhkan diri lagi ada lah.
Kalau batuk saya cari alternatif lain. Cari ubat yang kesannya berbeza pada otak. Ubat itu tidak beri kesan menakutkan.
Lama juga cari alternatif ini. Macam-macam jurnal yang dibaca. Macam-macam buku ditelaah. Macam-macam orang ditanya. Akhirnya berjumpa juga.
Saya mula buat petua alternatif ini kalau anak-anak batuk. Cara pun mudah. Jadi saya kongsikan di bawah ini.
Caranya ialah:
1. Ambil sebiji bawang Holland atau Bombay. Potong kepada dua bahagian. Guna satu bahagian sahaja.
2. Leraikan ulas bawang tersebut.
3. Campurkan madu satu atau dua sudu mengikut kadar yang kita mahu.
4. Gaulkan biar rata.
5. Tutup dan biarkan selama satu atau dua jam.
6. Bawang tadi akan mengeluarkan jus yang secara otomatik bercampur dengan madu. Kalau cuaca panas, jus akan keluar dengan lebih cepat berbanding cuaca sejuk.
7. Ambil satu sudu dan minum. Rasanya macam ubat batuk. Tujuannya mengeluarkan kahak. Natijahnya tiada kesan buruk pada otak.
Yang menariknya petua ini boleh keluarkan kahak dengan mudah. Lega anak-anak jadinya. Bolehlah cuba. - Pa&Ma
Kredit: DrRizal Abu Bakar

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
#ubat batuk #Kanak-kanak #bawang #madu
;