Ditenyeh pada payudara mak nyah, pelanggan saman RM5.86 juta
Agensi
Mac 12, 2018 15:12 MYT
Mac 12, 2018 15:12 MYT
Seorang wanita di Florida bertindak menyaman sebuah restoran makanan segera di Tampa bernilai AS$1.5 juta (RM5.86 Juta).
Mangsa, Neldin Molina mendakwa dirinya mengalami sakit kepala yang luar biasa selepas seorang mak nyah 'menyerang' menggunakan payudara.
Mangsa menyatakan dia sedang menikmati makan malam sekitar jam 8.45 malam sebelum persembahan itu dilakukan.
Seorang mak nyah yang melakukan persembahan tersebut datang ke meja Molina tetapi tidak diendahkan mangsa.
Penari tersebut kemudian datang semula sebelum bertindak agresif dengan memegang kepala dan meletakkan wajah Monila pada payudara mak nyah itu sambil digoyangkan sebanyak lapan kali.
Molina membuat laporan pada bulan lalu susulan mengalami masalah servik yang teruk dan sakit kepala yang sukar dikawal, menurut Fox News.
Molina, berada di restoran terbabit untuk meraikan hari kelahiran rakannya sewaktu insiden itu berlaku.