#DiariLockdown: Tumpu untuk teruskan hidup berbanding cuba resipi viral

Astro Awani
Jun 23, 2021 20:30 MYT
Rakyat hanya mahu peluang dan ruang untuk meneruskan kelangsungan hidup sedang negara bergelut menentang virus halimunan COVID-19. - Gambar hiasan
TIADA perkara luar biasa atau mustahil yang rakyat mahukan, hanya peluang dan ruang untuk meneruskan kelangsungan hidup ketika negara bergelut menentang virus halimunan COVID-19.
Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0, rata-rata rakyat masih betah meneruskan kehidupan seharian meskipun ada dalam kalangan mereka yang betul-betul terhimpit akibat kehilangan pekerjaan, atau perniagaan kecil yang perlu direhatkan seketika.
Pada waktu itu juga, muncul pelbagai resipi makanan dan minuman viral. Apa tidaknya, duduk di rumah sahaja mengikut arahan kerajaan tanpa berbuat apa-apa mencetus banyak kreativiti baharu.
Ramai yang mencuba itu dan ini sebelum dimuat naik ke laman sosial masing-masing. Ia mungkin sebagai satu tanda kepuasan atas kejayaan mereka.
Bagaimanapun, memasuki total lockdown PKP 3.0, semua itu bagai sudah tidak dipandang kerana rakyat kini lebih tertumpu kepada kaedah untuk menjadikan kehidupan mereka lebih baik.
Bagi @Kimi89319790, resipi-resipi viral hanya untuk mereka yang berkemampuan kerana ramai yang memerlukan makanan asas untuk kelangsungan hidup.
Berbeza dengan @hajarshtweets yang menyatakan PKP adalah berkisarkan mi segera.

PKP 3.0 is maggi https://t.co/l6dQjOXJZo

— Hajar (@hajarshtweets) June 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Posting yang sama tentang mi segera turut dikongsikan oleh @Malaika24171998

PKP 3.0 is maggi https://t.co/l6dQjOXJZo

— Hajar (@hajarshtweets) June 23, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, Keris Jantan berkongsi luahan luahan bahawa kini apa yang dimahukan adalah untuk pandemik COVID19 berakhir dan begitu juga dengan lockdown.
Begitupun, berbeza dengan Awg Alif yang lebih cenderung terhadap kesihatan.
Apapun, kita sama-sama berdoa agar negara Malaysia yang tercinta bebas daripada COVID19 agar kita mampu menikmati kehidupan yang lebih aman dan makmur.
#laman sosial #viral #COVID-19 #pandemik #perintah kawalan pergerakan #PKP
;