#DiariLockdown: Ramai rindu makan di luar dan 'Food Hunting' seperti sebelum PKP dilaksanakan
Afiq Ariffin
Jun 17, 2021 22:08 MYT
Jun 17, 2021 22:08 MYT
SETIAP orang mesti mempunyai kedai makan kegemaran yang sering dikunjungi untuk menikmati makanan dan bersantai bersama keluarga mahupun kenalan rapat.
Namun sejak total lockdown dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, kemeriahan suasana itu hanya mampu dibayangkan dan dirindui sahaja.
Bukan itu sahaja, gaya hidup rakyat Malaysia yang gemar makan di luar dan melakukan ‘Food Hunting’ juga berubah apabila kerajaan melaksanakan perintah itu bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Menerusi tanda pagar #DiariLockdown, kami kongsikan kepada anda perkongsian tempat makan kegemaran sebahagian pengguna media sosial, sebelum wabak virus COVID-19 ini melanda negara.
Menurut pengguna laman YouTube, Watchman dan MR HSF, tiada tempat yang lebih menyeronokkan daripada makan di restoran mamak.
Malah, MR HSF berkata Kedai Mamak Ali Maju adalah kedai mamak kegemarannya.
Kata Muhd firmannn pula, kedai makan kegemarannya adalah di Warung Che Senah di Kampung Bharu.
Pengguna laman Facebook, Ad Aree pula memberitahu dia lebih gemar makan nasi kandar di Jalan Tun Abdul Rahman.
Namun begitu, ada juga pengguna laman sosial yang masih bimbang untuk makan di luar.
Kata Josep Totep, dia agak trauma kerana risau jika wujud kluster di tempat makan yang dikunjunginya.
Malah, kata Lan Bond pula, dia agak risau jika selepas PKP berakhir kedai makan kegemarannya sudah tidak lagi beroperasi.
#media sosial
#rakyat Malaysia
#laman sosial
#Malaysia
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#trauma
#total lockdown
#COVID-19
#YouTube
#Facebook
#DiariLockdown