#DiariLockdown: Persoalannya, sejauh mana kompaun dapat disiplinkan 'golongan kayangan'? - Netizen

Asyraf Roslan
Jun 28, 2021 20:18 MYT
Rata-rata pengguna media sosial menyatakan mereka akur dengan SOP yang ditetapkan. - Gambar fail
SEDAR tak sedar Malaysia sudah berada di bawah total lockdown Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 468 hari.
Pernah menghampiri garisan penamat namun sedikit kealpaan membuatkan kita semua tersungkur kembali.
Tetapi itu bukanlah satu alasan kukuh buat kita mengalah dalam melawan pandemik COVID-19 ini.
Langkah demi langkah diambil bagi memastikan kita menang menentang wabak pembunuh ini.
Ini termasuklah mengenakan kompaun kepada mereka yang masih degil untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Persoalannya sejauh manakah kompaun ini mendisiplinkan rakyat?
Menjengah ke laman media sosial Astro AWANI hari ini, rata-rata pengguna media sosial menyatakan mereka akur dengan SOP yang ditetapkan namun bagaimana dengan 'golongan kayangan'?.
Pengguna media sosial, @LaXmana Lanzmania berkata, rakyat sebenarnya lebih takut dikenakan kompaun berbanding virus COVID-19.
"Rakyat lebih takut kompaun berbanding virus itu sendiri. Sudah dibudayakan... yalah, most rakyat terjejas, mana nak dapat duit bayar kompaun?," katanya di laman Facebook AWANI.
Pada masa sama, ada yang berpendapat sekiranya kilang-kilang masih dibenarkan beroperasi, Malaysia masih akan berada pada tahap yang membimbangkan.

Kompaun banyak mana pun, selagi yang kononnya essentials are still opening, will PKP 3.0 ever end? https://t.co/XxCQtwTBUJ

— Syak (@ftnsykra) June 28, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Itu pendapat mereka. Anda pula bagaimana?
Apapun diharap rakyat Malaysia tidak mengalah dalam memerangi pandemik COVID-19.
Jika kita mahu menang, kita perlu lakukannya bersama-sama.
#Diari Lockdown #PKP #kompaun #COVID-19 #Malaysia #rakyat Malaysia #media sosial #pandemik
;