#DiariLockdown: PdPR kembali lagi, ibu bapa akui stres ajar anak-anak

Farhana Joni
Jun 15, 2021 20:19 MYT
Proses PdPR cukup menguji kesabaran ibu bapa. - Gambar Astro AWANI
BERMACAM-MACAM ragam dapat dilihat apabila proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi pelajar sekolah bermula semula, 13 Jun lalu.
BACA: PdPR selama 25 hari bermula 13, 14 Jun - Radzi
Bukan hanya anak-anak, bahkan ibu bapa turut mengurut dada dan berkerut dahi masing-masing ketika menjalani proses tersebut.
Sumber Facebook astroawani
Mana tidaknya, majoriti ibu bapa harus berusaha mengingati semula topik bagi setiap mata pelajaran yang telah ditinggalkan berbelas dan berpuluh tahun lamanya.
Pengguna YouTube, Azman Mohd berkata, dia terpaksa mengeluarkan lebih belanja dengan mendaftar kelas tambahan untuk anaknya.
Begitu juga dengan Mohd Saiful Kamarudin yang mulai rasa sakit kepala ketika mengajar anaknya.
Kata Zuraidah Zain pula, jeritan terpaksa digunakan ketika melalui PdPR.
Dalam pada itu, Mohamad Shafiq pula berharap ibu bapa tidak lagi melepaskan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru semata-mata selepas ini.
Bagi Maryam, usaha untuk mengingati semula topik pembelajaran tidak menjadi masalah berbanding melayan kerenah anak-anak.
Sementara itu, seorang lagi pengguna media sosial itu berharap supaya COVID-19 di negara ini lenyap dengan segera kerana tidak sanggup berdepan dengan PdPR yang cukup memenatkannya.
Dalam pada itu, ada juga yang mempersoalkan tindakan kerajaan tidak membenarkan kedai buku dan alat tulis beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.

Kedai buku tak dibuka.. kalau nak beli alat tulis macam mana ?

— Thevanesveeran (@Thevan47) June 15, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada juga yang menyatakan masih berharap bantuan yang dijanjikan kerajaan sebelum ini untuk memudahkan proses PdPR.

Masih tunggu peranti yg dijanjikan kjaan PN sejak Feb yg lalu..

— BULETIN RMS (@RajaMohdShahrim) June 15, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#PdPR #COVID-19 #PKP 3 0 #ibu bapa #Mata Pelajaran #sekolah #anak-anak #Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah PdPR
;