#DiariLockdown: Netizen imbau kenangan bersama bapa

Farhana Joni
Jun 20, 2021 18:56 MYT
Bapa sentiasa menjadi hero dan cinta pertama anak-anak. - Gambar hiasan/ FREEPIK
KASIH ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Begitulah gambaran pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anak.
Bersempena dengan sambutan Hari Bapa tahun ini, #DiariLockdown cuba mengimbau kembali kenangan netizen dengan bapa masing-masing.

#DiariLockdown/ Hari ke-20

Sempena Hari Bapa hari ini, apa kata anda ceritakan kepada kami apa kenangan manis anda bersama bapa anda. Apa nasihat yang diberikan olehnya yang anda masih ingat sehingga sekarang. Kongsilah bersama kami #AWANInews pic.twitter.com/XoZPJIw83R

— Astro AWANI (@501Awani) June 20, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rata-rata mereka berkongsi mengenai nasihat yang diberikan oleh bapa ketika kecil dan bersekolah.
Sumber Facebook astroawani
Seorang pengguna YouTube memberitahu, bapanya sering menasihatinya agar menjadi manusia yang memberi kebaikan kepada orang lain.
Mohd Nazri Razali pula berkata, atas didikan dan jasa ayahnya kini dia berjaya membesarkan 11 orang anak dengan sempurna.
Begitu juga dengan The Pipers yang berkongsi pesanan ayahnya supaya jangan sesekali menggadaikan barang jika tidak mempunyai wang.
Khaidi Ishak pula memberitahu, dia amat bersyukur dan berterima kasih dengan sikap ayahnya yang sangat tenang.
Seorang lagi pengguna media sosial memberitahu, keunikan seorang bapa adalah membuat segalanya untuk anak tanpa mengharap sebarang balasan.
Bagi Haerisyaasri pula, dia berasa tenang apabila teringat kenangan mendengar ayahnya membaca ayat-ayat al-Quran.
Situasi yang sama kepada Arctic Folder yang mengimbas memori bersama ayahnya tanpa perlu banyak bicara.
Seorang pengguna Facebook pula memberitahu, ayahnya kerap berpesan supaya sentiasa membawa pakaian bersih walaupun keluar sebentar bagi membolehkan solat dilakukan dengan sempurna.
Dalam pada itu, ramai jua yang menyampaikan ucapan Hari Bapa kepada bapa masing-masing yang telah meninggal dunia.
#hari bapa #Diari Lockdown #Warga maya #Facebook #YouTube
;