#DiariLockdown: Longgar SOP? Tunggu kes harian bawah 500, 80 peratus rakyat divaksin - Netizen

Asyraf Roslan, Farhana Joni
Jun 14, 2021 16:52 MYT
Kerajaan perlu meneliti sedalam-dalamnya sebelum mengambil langkah melonggarkan SOP, desak netizen. - Gambar/ Astro AWANI
RATA-RATA netizen tidak bersetuju jika kerajaan berhasrat untuk melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) jika kes harian COVID-19 turun ke paras bawah 4,000 kes sehari.
Sumber Facebook astroawani
Mereka yang menyuarakan pendapat menerusi #DiariLockdown memberitahu, tindakan tersebut tidak menjamin keselamatan rakyat secara keseluruhan selain menyebabkan tempoh total lockdown terpaksa dipanjangkan lagi.
Seorang pengguna YouTube dikenali sebagai Boom McCondor berkata, SOP hanya boleh dilonggarkan dengan syarat-syarat tertentu terutama bilangan kes berada di bawah kawalan.
Kata Ismail Sivam pula, pelonggaran SOP dibimbangi akan menyebabkan lebih ramai yang terkorban akibat jangkitan COVID-19.
Dalam nada yang sama, Zakwan Zainal berkata, kerajaan perlu berfikir sedalam-dalamnya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan kerana tindakan secara melulu boleh membebankan rakyat.
Situasi yang sama di Twitter apabila ciapan pendapat masing-masing meminta supaya kerajaan tidak terburu-buru melonggarkan SOP.

4000 masih tinggi tuan please consider again

— Mohd Noor (@Mnf1525) June 14, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Sepatutnya kerajaan sudah sediakan plan yg menyeluruh & terperinci bagi setiap tahap/level umpamanya tahap 1, 2, 3, 4 beserta dgn SOP mengikut tahap/level tersebut & diguna pakai sepenuhnya mengikut tahap/level masing2 & bukannya baru nak kaji. Jgn bazirkan waktu dgn kaji, kaji..

— Tulisancakarayam (@ziqkasya) June 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Biar full lockdown selesai. Kalau kes kurang 1000 baru boleh pertimbangkan untk longgar sop. 4000 bahaya! Tak selamat longgarkan sop. Takut nanti naik mendadak lagi!!

— Megha (@MeghaSivaram) June 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

seeloknya bg setiap negeri capai 2 angka kemudian bg kelonggaran kepada negeri yg kes dua angka kebawah

— langbuana (@AziziZinal) June 14, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Kes harian shouldnt be indicator untuk longgarkan SOP. Longgarkan SOP if 70-80% rakyat Malaysia dah divaksinasi. Tak guna kalau kes harian turun, tapi rakyat belum divaksinkan tapi SOP dah longgar. Benda ni akan berulang balik mcm PKP skrg ni https://t.co/MQIuLOrclx

— wahi (@wahi_x) June 14, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Settle vaksinasi dulu, masih ramai yg tak dapat lagi.. tak payah nak sibuk longgarkan sop.

— AliyaMartell (@Liyaarissa12) June 14, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Total lockdown: Kerajaan kaji semula SOP jika kes harian COVID-19 bawah 4,000 - Ismail Sabri
Ada juga yang mempertikaikan hasrat kerajaan itu kerana kluster COVID-19 ketika ini masih banyak dan aktif.

Klustur plg byk tmpt keje..tp tu lh yg dibenarkan..so cmne nk dpt 4k kebawah???

— Syawal Roslan (@L2825W) June 14, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam masa sama, di Facebook pula, Nadiya Ariffin berpendapat, SOP boleh dilonggarkan jika kes aktif mampu dibendung.
Bagi Rashid Rashid pula, pengumuman PKP akan terus berulang jika kerajaan melonggarkan SOP ketika kes jangkitan masih mencecah empat angka setiap hari.
Mohd Adeli pula menjangkakan kes boleh melonjak lebih tinggi jika kerajaan meneruskan hasrat pelonggaran SOP ketika kes jangkitan masih tinggi.
#PKP #SOP #prosedur operasi standard #Diari Lockdown #kes jangkitan #kes kematian #Warga maya #COVID-19 #kerajaan
;