#DiariLockdown: Bukan semua boleh nikmati penjimatan ketika lockdown
Farhana Joni
Jun 10, 2021 22:17 MYT
Jun 10, 2021 22:17 MYT
MUNGKIN tidak banyak boleh dijimatkan, namun ramai mengakui saranan supaya duduk di rumah sepanjang total lockdown atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini tetap membantu mengurangkan kos perbelanjaan harian.
Jelas seorang pengguna YouTube, Norbaizura Nordin, dia dapat berjimat dari segi perbelanjaan petrol kenderaan kerana tidak perlu ke pejabat disebabkan bekerja dari rumah sepanjang tempoh dua minggu ini.
Seorang lagi pengguna YouTube juga berkongsi pendapat sama dan menjelaskan hanya sesekali keluar dari rumah untuk membeli barangan keperluan.
Begitu juga dengan Azman Abas yang kini banyak menjamu selera di rumah berbanding sebelum ini kerap makan di kedai.
Bagaimanapun, terdapat juga beberapa pihak yang tidak berpeluang menikmati sebarang penjimatan kerana realitinya mereka kehilangan punca pendapatan akibat pandemik COVID-19.
Pengguna Facebook, Azhar Zainuddin pula berkata, dia tidak merasai penjimatan kerana berasa harga barangan semakin meningkat.
Di samping itu, ada berpendapat arahan supaya duduk di rumah menyebabkan peningkatan perbelanjaan dapur kerana seluruh ahli keluarga kini berada di bawah bumbung yang sama.
Lebih sukar apabila ada yang kehilangan pekerjaan malah gaji dipotong.
Bahkan, ada juga yang terpaksa mengikat perut kerana wang yang ada harus digunakan untuk membayar keperluan asas yang lain.
#PKP
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#COVID-19
#Diari Lockdown
#jimat
#Petrol kenderaan
#perbelanjaan harian
#duduk rumah
#pendapatan