#DiariLockdown: 'Beli ubat gigi pun guna online', bukti rakyat Malaysia patuh PKP 3.0

Farhana Joni
Jun 21, 2021 22:13 MYT
Selepas tiga minggu PKP 3.0 dikuatkuasakan di negara ini, rakyat Malaysia masih patuh dengan SOP. - Gambar Astro AWANI
WALAUPUN ada yang dikatakan sudah letih, penat dan bosan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, namun pujian wajar diberikan kepada rakyat Malaysia kerana tetap mematuhi saranan kerajaan supaya duduk di rumah.
Sumber Facebook astroawani
Situasi itu jelas apabila #DiariLockdown hari ini mendapati majoriti warga maya memaklumkan mereka tidak keluar rumah dan banyak menggunakan perkhidmatan dalam talian untuk membeli barangan keperluan.

#DiariLockdown/ Hari Ke-21

Hari ini genap tiga minggu kita menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Siapa di sini yang kekal berada di rumah sepanjang 21 hari PKP ini dan apa aktiviti anda sepanjang tiga minggu ini? Kongsi dengan kami #AWANInews pic.twitter.com/eqb2Swi3h8

— Astro AWANI (@501Awani) June 21, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Arakiel, pengguna YouTube Astro AWANI memberitahu, dia membeli ubat gigi melalui sistem perkhidmatan dalam talian.
Situasi yang sama bagi Afiq Venomhacker yang menjalani aktiviti riadah dan bekerja di rumah.
Seorang lagi warga maya, Edu Mas memberitahu, dia berasa amat janggal apabila keluar kerana terlalu lama duduk di rumah.
Sementara itu, terdapat sebilangan kecil yang keluar rumah untuk menguruskan hal tertentu sahaja.
Dalam pada itu, terdapat juga yang menzahirkan rasa kecewa apabila kes jangkitan COVID-19 masih tidak turun.
#PKP #duduk rumah #tiga minggu #Warga maya #COVID-19 #perintah kawalan pergerakan
;