#DiariLockdown: 'Beli secara online mahal, lebih puas hati keluar ke kedai' - Pengguna
Astro Awani
Jun 9, 2021 21:52 MYT
Jun 9, 2021 21:52 MYT
UMUM mengetahui sepanjang tempoh total lockdown di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 Jun depan, tidak banyak premis perniagaan yang dibenarkan untuk beroperasi melainkan yang perlu sahaja.
Ia ekoran peningkatan kes COVID-19 yang semakin membimbangkan negara dan pengumuman kerajaan itu diharap mampu menyedarkan orang ramai tentang kepentingan berada di rumah jika tiada urusan yang memerlukan mereka keluar.
Meskipun begitu, masih ada pengguna yang masih selesa keluar rumah untuk berbelanja keperluan harian, namun ada juga yang lebih gemar membuat pembelian di hujung jari.
Ada yang berpendapat membeli secara dalam talian lebih mahal berbanding keluar sendiri secara fizikal ke kedai.
Bagi Muhammad Naouffal, dia lebih gemar keluar ke kedai untuk melihat sendiri apa yang hendak dibeli berbanding membeli secara dalam talian.
Ada juga yang berpendapat membeli secara dalam talian lebih mahal.
Astro AWANI dalam perkongsian bersama pengguna media sosial turut bertanyakan jenis barangan yang dibeli sepanjang tempoh total lockdown yang bermula sejak 1 Jun lalu.
'My haunted story' berkongsi kisahnya yang hanya membeli buku.
Manakala 'Five Star' menyatakan akan membeli stok barangan kering sebulan sekali dan lebih gemar memasak di rumah berbanding membuat pesanan secara atas talian.
Selain itu, turut dikongsikan menerusi ruangan komen oleh 'kamek orang' yang membeli permaidani semasa PKP.
Apa pun yang anda lakukan, ingatlah sentiasa patuhi segala amaran yang telah ditetapkan kerajaan... jika tidak, denda menanti anda.
Teruskan jaga diri, jaga keluarga, jaga masyarakat dan jaga negara ya.
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#online
#pembelian dalam talian
#keluar ke kedai
#pembelian fizikal
#shopping
#total lockdown