#DiariLockdown: Apa kemahiran baharu yang anda berjaya lakukan sepanjang PKP 3.0 ini?
Afiq Ariffin
Jun 5, 2021 20:02 MYT
Jun 5, 2021 20:02 MYT
SEDAR tidak sedar, sudah memasuki hari kelima kita menjalani 'total lockdown' atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 hari ini.
Semestinya banyak perkara dan aktiviti yang rakyat Malaysia lakukan kerana kebanyakan masa dihabiskan di dalam rumah.
Namun, adakah rakyat Malaysia memanfaatkan masa dan waktu yang ada ketika berada di dalam rumah untuk mempelajari kemahiran baharu?
Menerusi tanda pagar #DiariLockdown, kami kongsikan kepada anda cerita dan perkongsian pengguna media sosial menggunakan masa yang ada untuk mempelajari kemahiran baharu sepanjang perintah ini.
Menurut Nani Rahayu Ahmad, dia menggunakan masa yang ada untuk belajar mengait dengan berpandukan video yang ditonton menerusi laman YouTube.
Kata pengguna YouTube, mha hart mah sole dia menggunakan masa yang ada untuk membaiki motosikalnya.
Malah, katanya dia turut berterima kasih dengan YouTuber yang berkongsikan video cara membaiki motosikal sebagai panduan untuk membaiki motosikalnya sendiri.
Kata FauziIpoh pula, dia menggunakan masa yang ada untuk membaca artikel dan journal kesihatan untuk lebih memahami mengenai COVID-19.
Seorang lagi pengguna YouTube, Mohd Faris sepanjang PKP ini dia cuba untuk belajar menjahit pakaian dan kraf menggunakan peluntur yang lebih dikenali sebagai teknik “Tie Dye”.
Dia juga mula menjadikan hasil seninya itu sebagai sumber pendapatan dengan berniaga secara dalam talian.
Ada juga yang belajar menanam pokok buah-buahan sepanjang tempoh PKP 3.0 ini
Kata pengguna laman Twitter, @UttIsmael dia mula belajar memasak.
Di samping itu, terdapat beberapa warga maya lain berkongsi kemahiran yang mereka pelajari sepanjang tempoh PKP 3.0 ini.
#Twitter
#YouTube
#video
#Cuba
#media sosial
#rakyat Malaysia
#Malaysia
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan
#motosikal
#total lockdown
#PKP
#Diary Lockdown