Di sebalik COVID-19, 'lumba tong sampah' tetap diteruskan
Agensi
Ogos 23, 2020 16:00 MYT
Ogos 23, 2020 16:00 MYT
Sebuah penganjuran festival jalanan popular di Zagreb, Croatia telah dimulakan sejak Rabu lalu dan berlangsung selama lima hari, sedangkan sebelum ini ia terpaksa ditunda akibat penularan wabak COVID-19.
Perlumbaan yang berlangsung di Ban Jelacic Square itu memerlukan peserta, yang terdiri daripada rakyat tempatan, berlumba dengan membawa tong sampah menaiki basikal roda tiga.
Aktiviti berkenaan merupakan sebahagian daripada acara perarakan yang menjadi pembuka kepada festival yang diberi nama Cest Is d'Best itu.
Media tempatan melaporkan perlumbaan berkenaan menyaksikan pemenang baharu buat pertama kalinya selepas lebih satu dekad.
Gaspar Karamatic mengalahkan juara 10 kali, Vanja Lojna untuk dinobatkan sebagai pemenang.
Festival ini merupakan salah satu festival tertua dan terbesar di bandar tersebut, menampilkan banyak persembahan kesenian, bengkel dan konsert yang mengambil tempat di pelbagai lokasi dalam bandaraya berkenaan.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !