Ia tidaklah sesusah mana. Hanya pergi mana-mana pasar raya atau layari laman sesawang tertentu dan terus boleh dapat barangan dapur yang diingini.
Namun tidak bagi Rohani Ahmad (bukan nama sebenar). Ini kerana beliau memerlukan masa agak lama untuk membeli barangan dapur dan ada ketikanya sehingga satu jam hanya untuk membelek satu produk.
Ini berbeza berbanding orang lain yang dalam tempoh masa yang sama boleh membeli semua barang yang disenaraikan.
Itu baru satu barang. Bagaimana pula, kalau hendak membeli pelbagai jenis produk dan ini yang dialami oleh Rohani yang diceritakan oleh Pakar Pediatrik Alergi dan Imunologi Klinikal, Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Intan Hakimah Ismail kepada Bernama.
"Ini satu contoh yang membelenggu ibu bapa yang mempunyai anak menghidap penyakit alahan. Kehidupan mereka boleh saya katakan seperti mimpi ngeri kerana benda mudah menjadi susah.
"Apatah lagi, kalau anaknya itu alah kepada banyak bahan makanan. Disebabkan itu, mereka mengambil masa agak lama ketika membeli barang kerana perlu betul-betul meneliti label pada sesuatu produk," katanya.
Bagaimanapun, masih ramai di luar sana yang tidak memahami kesukaran yang dihadapi oleh pesakit alahan makanan.
Malah, ada pula yang mengejek dengan mengatakan mereka seorang yang cerewet makan.
Akan tetapi, paling menyedihkan apabila masih ada segelintir besar masyarakat yang kurang prihatin mengenai hal ini walaupun sudah berulang kali diberitahu kepada pengasuh mengenai alahan makanan anak mereka.
Cenderung mengamalkan sikap tidak endah dengan permasalahan itu, ujar Dr Intan Hakimah, ia sebenarnya sangat membahayakan sekiranya tidak ditangani dengan baik.
"Mereka yang alah dengan sesuatu jenis makanan, tidak boleh makan ikut suka hati. Misalnya, kanak-kanak yang alah dengan susu lembu, telur atau kacang, sebaiknya perlu mengelakkan bahan-bahan sedemikian.
"Ini kerana, kegagalan melakukannya boleh menyebabkan seseorang itu bengkak di sekeliling mulut atau mata, ruam kulit yang kemerahan, cirit-birit dan timbul sesuatu yang dipanggil ‘urticaria’. Malah, ia juga boleh menjadi ekzema dan najis ada darah," katanya.
KANDUNGAN ALERGEN
Dalam satu kajian Kesedaran Alahan Malaysia yang julung kali diadakan di di negara ini oleh Persatuan Alergi dan Imunologi Malaysia (MSAI), baru-baru ini telah menyenaraikan lima jenis makanan yang mengandungi alergen yang boleh memberi kesan alah kepada pesakit.
Makanan itu ialah makanan laut (90 peratus), kekacang (47 peratus), soya (44 peratus), gandum (30 peratus) dan telur (30 peratus) dan ia merupakan satu kajian yang melibatkan 8,000 responden dari seluruh negara.
Disebabkan itulah, penyakit berkaitan alahan ini perlu diketahui dengan jelas oleh masyarakat. Malah, kajian oleh MSAI dengan kerjasama UPM yang dilaksanakan pada 1 Disember 2015 hingga 31 Mac lepas, bertujuan untuk menilai pemahaman masyarakat mengenai penyakit berkenaan.
Selain, bermotifkan peningkatan pengetahuan orang ramai bahawa alahan merupakan permasalahan penyakit yang serius dan ada kewajaran untuk mereka melihatnya sebagai satu penyakit kronik.
Ini kerana di seluruh dunia penyakit-penyakit disebabkan alahan semakin meningkat, memberi kesan sehingga 30 ke 35 peratus orang dalam sepanjang hidup mereka.
Perkembangan itu menjadikan alahan sebagai antara satu epidemik utama dunia dan lebih membimbangkan apabila masih ramai yang tidak tahu bahawa penyakit itu tidak hanya pada alahan makanan sahaja.
Tetapi ia sangat meluas dan merangkumi beberapa penyakit lain yang berkaitan dengannya dan perlu diambil perhatian jitu oleh masyarakat.
"Penyakit alergi ini sebenarnya besar dan ramai tersilap kerana sering ingat ia hanyalah alahan makanan semata-mata. Walhal, penyakit alahan atau alergi merangkumi alahan rongga hidung atau rhinitis, alahan mata, asma dan ekzema (selain alahan makanan).
"Alahan berlaku (tidak kira apa jenis penyakit berkaitan dengannya) apabila sistem ketahanan tubuh atau sistem imun kita bertindak balas secara berlebihan kepada sesuatu 'bahan' di mana sistem imun kita percaya bahawa bahan ini adalah berbahaya kepada badan," katanya.
Menjelaskan lebih lanjut, Dr Intan Hakimah berkata bahan-bahan yang boleh menyebabkan reaksi alahan adalah seperti makanan tertentu, persekitaran (hama debu rumah, debunga, kulat, haiwan peliharaan), ubat-ubatan dan gigitan serangga.
Bagi yang tidak ada penyakit alahan, terdedah kepada bahan-bahan (juga dikenali sebagai alergen) ini tidak memberi masalah kepada mereka.
Bagaimanapun, tidak kepada pesakit alahan kerana sistem imun mereka percaya bahawa bahan-bahan tersebut merupakan benda asing yang membahaya dan menyebabkan sistem badan mereka mengeluarkan satu antibodi, dikenali sebagai IgE.
Antibodi ini kemudian memberi isyarat kepada sel-sel tertentu dalam tubuh badan untuk melepaskan bahan kimia ke dalam aliran darah yang dikenali sebagai histamine yang kemudiannya bertindak ke atas mata, hidung, tekak, paru-paru dan mana-mana organ tertentu.
Ini akhirnya akan mencetuskan gejala tindak balas alergi atau juga dikenali sebagai simptom alahan, kata Dr Intan Hakimah.
"Simptom itu bergantung kepada jenis penyakit alahan yang dihadapi mereka. Misalnya ekzema, simptomnya adalah ruam kulit yang gatal dan kering, alahan rhinitis bersin pada waktu pagi, gatal hidung, selesema berterusan, hidung berhingus dan hidung tersumbat.
"Manakala alahan mata conjunctivitis, simptomnya seperti rasa gatal mata, mata merah dan asma pula, sesak nafas, nafas berbunyi dan sebagainya," katanya.
Simptom paling teruk dipanggil anafilaksis yang boleh membawa maut.
Tanda-tanda anafilaksis termasuk kesukaran bernafas, kesukaran menelan, bengkak bibir, lidah dan tekak atau bahagian badan yang lain, pening atau hilang kesedaran.
TIDAK ADA PENAWAR
Tidak diketahui apa punca penyakit yang boleh menyerang pelbagai lapisan umur ini, tetapi ia berkait rapat dengan faktor genetik, persekitaran dan pemakanan.
Sekiranya ibu atau bapa mempunyai penyakit alergi/alahan, risiko untuk anak mendapat alahan adalah 20 hingga 40 peratus.
Manakala, risiko lebih tinggi sekiranya kedua-dua ibu bapa mempunyai masalah berkenaan iaitu 50 hingga 80 peratus. Dianggarkan empat daripada lima kanak-kanak berisiko mendapat alahan apabila kedua-dua ibu bapa mereka mempunyai penyakit berkenaan.
"Bagaimanapun, tidak bermakna ibu bapa yang tidak ada masalah dengan penyakit itu tidak perlu risau. Ini kerana anak mereka turut berisiko mendapat alahan iaitu sebanyak 10 hingga 20 peratus," katanya.
Buat masa ini, tiada penawar atau ubat yang boleh menyembuhkan penyakit alahan sepenuhnya. Akan tetapi, paling membimbangkan apabila kajian MSAI mendapati 50 peratus rakyat Malaysia percaya wujudnya penawar untuk alahan.
"Saya berani katakan bahawa rawatan bukanlah segalanya. Bagi alahan, pencegahan adalah matlamat utama memandangkan penawarnya masih belum ditemui," kata Presiden MSAI Dr Amir Hamzah Datuk Abdul Latiff ketika berkongsi hasil penemuan kajian MSAI.
CEGAH LEBIH BAIK
Selain mencegah daripada terdedah kepada bahan-bahan yang membuatkan seseorang itu alah, mengamalkan diet seimbang, pemberian susu ibu secara eksklusif digalakkan selama empat ke enam bulan pertama dan seterusnya sehingga bayi berumur dua tahun atau lebih.
Sekiranya susu ibu tidak dapat diberikan, proten separa terhidrolisis atau 'partially hydrolysed protein' (php) terbukti secara klinikal dapat mengurangkan risiko menghidap alahan.
"Rawatan awal dan pencegahan dapat membantu meningkatkan kualiti kehidupan pesakit alahan dan keluarga mereka. Manakala komunikasi adalah langkah terbaik bagi ibu bapa memberitahu cikgu, rakan-rakan mengenai alahan anak mereka.
"Sediakan makanan sendiri sekiranya bercuti atau keluar ke mana-mana dan sentiasa memberi motivasi kepada pesakit," kata Dr Intan Hakimah.
Bernama
Tue May 31 2016
Masih ramai yang tidak memahami kesukaran yang dihadapi oleh pesakit alahan makanan. - Gambar fail
Rancangan Kawasan Khas Tanah Tinggi Lojing dirangka untuk dibangunkan secara dinamik
Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang telah dirangka sebagai garis panduan bagi membolehkan pembangunan secara dinamik dan holistik dilaksanakan di kawasan berkenaan.
AWANI Tonight 26 Nov 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
A UN report revealed 85,000 women and girls were victims of femicide in 2023, with majority cases involving an intimate partner or a family member. #AWANITonight
AWANI Tonight: PM secures RM32.8 mil in potential investments with S.Korea
Datuk Seri Anwar Ibrahim concluded his visit to South Korea on a high note, securing RM32.8 billion in potential investments into Malaysia. Astro AWANI correspondent Irfan Faruqi reports from Seoul.
Empat lelaki ditahan disyaki terbabit sindiket sebar SMS palsu guna BTS
Polis percaya berjaya melumpuhkan sindiket penipuan dalam talian yang aktif menyebarkan mesej melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu menggunakan teknologi Base Transceiver Station (BTS).
Penjawat awam perlu bersatu hati, sama-sama angkat martabat perkhidmatan - KSN
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mahu semua penjawat awam bersatu hati dan bersama-sama mengangkat martabat perkhidmatan awam.
Ringgit susut selepas Trump umum tarif baharu kepada Mexico, Kanada
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS hari ini selepas presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bercadang mengenakan tarif baharu ke atas import dari Mexico dan Kanada.
Pelajar tahfiz ditemukan lemas di tali air di Bachok
Muhammad Syamil Saniran, 14, ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira tiga meter.
Ancaman siber semakin kompleks, perlu tindakan bersama - Gobind
Ancaman yang sering kali kompleks dan berkembang dengan pantas memerlukan tindakan kolektif antara pihak industri dan kerajaan.
AWANI 7:45 [26/11/2024] – Risiko banjir besar hujung tahun | Ramai tak bayar bil elektrik | Bunuh, simpan mayat ibu | Tak cukup syarat nikah
- Luruan monsun hingga hujung bulan, hujan sangat lebat, angin kencang, kaut bergelora
- Tunggakan bil elektrik seluruh negara cecah RM1 bilion, lebih 600,00 akaun dipotong
- Pastor didakwa bunuhm simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak tiga tahun lalu
- Perkahwinan bintang sensasi Indonesia, Rizky-Mahalini tidak sah
- Tunggakan bil elektrik seluruh negara cecah RM1 bilion, lebih 600,00 akaun dipotong
- Pastor didakwa bunuhm simpan mayat ibu dalam peti sejuk sejak tiga tahun lalu
- Perkahwinan bintang sensasi Indonesia, Rizky-Mahalini tidak sah
Kenali jenis kulit bayi, pilih produk sesuai elak alahan dan iritasi
Ibu bapa dinasihat elak beli barangan mengandungi ramuan yang akan menyebabkan kulit bayi menjadi kering atau mendatangkan masalah alahan.
Remy Ishak dedah sudah ada nama anak sebelum kahwin lagi
Aktor Remy Ishak mendedahkan dia sudah ada nama buat cahaya mata pertamanya yang akan dilahirkan kelak.
Mengurus ekzema anak, apa ibu bapa perlu tahu?
Ada sesetengah individu yang dapat menangani penyakit itu dengan kesan minimum, namun ada yang akan menderita sepanjang hayat.
Warga emas meninggal kerana jantung iskemia, tiada alahan kepada vaksin COVID-19
Hasil bedah siasat mendapati wanita berusia 72 tahun itu tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda alahan terhadap vaksin.
COVID-19: Golongan berisiko anafilaksis tidak digalakkan divaksin - KKM
Individu yang mempunyai alahan terhadap vaksin atau risiko anafilaksis, tidak disarankan untuk menerima suntikan vaksin COVID-19.
COVID-19: Doktor di Mexico dikejar ke hospital selepas disuntik vaksin
Memetik laporan agensi berita Reuters, doktor tersebut mengalami sawan, kesukaran bernafas dan ruam pada kulit.
COVID-19: Doktor Malaysia di UK syukur disenarai kumpulan pertama terima vaksin
Dr Azhan berkata, perkara itu penting memandangkan beliau merupakan petugas barisan hadapan yang berdepan dengan risiko jangkitan virus itu.
Vaksin COVID-19: Penjelasan jururawat kenapa tiba-tiba pengsan selepas disuntik
Kecoh apabila seorang jururawat yang sedang ditemubual di hadapan kamera selepas menerima suntikan vaksin COVID-19, Pfizer tiba-tiba pengsan.
Kakitangan kesihatan di Alaska alami alergi teruk selepas disuntik vaksin COVID-19
Individu itu juga tidak mempunyai sejarah alergi sebelum ini.
Tahniah! Kaka Azraff umum hamil 4 bulan
Penyanyi Kaka Azraff mengumumkan dia sedang hamil empat bulan.