Demi pinggang 'secekak', ibu beranak 3 sanggup pakai korset 23 jam sehari

Agensi
Februari 9, 2018 11:45 MYT
Ibu beranak kembar tiga, Diana Ringo dari Chula Vista, California yang sanggup memakai korset ketat selama 23 jam untuk mengecilkan pinggangnya.- Foto Barcroft TV
BENAR kata pepatah, cantik itu adakalanya amat menyakitkan.
Golongan yang obses untuk cantik ini sanggup melakukan apa sahaja hanya untuk kelihatan menawan dan cantik.
Itulah yang dilakukan ibu beranak kembar tiga, Diana Ringo. 39 tahun dari Chula Vista, California yang sanggup memakai korset ketat selama 23 jam untuk mengecilkan pinggangnya.
Diana hanya membuka korsetnya untuk mandi dan bersenam.
"Saya rasa amat seksi apabila memakai korset, sekaligus meningkatkan keyakinan diri saya.
"Malah saya selesa dengannya,” ujar Diana kepada Barcroft TV dalam rancangan Hooked on the Look.
Veteran Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) ini memaklumkan dia tidak menyukai bentuk badannya sebelum ini apatah lagi selepas melahirkan kembar tiga tahun lalu.
Meskipun mengakui gemuk itu tidak salah, namun dia tidak menyukainya.
"Saya tidak gembira dengan badan saya sebelum ini kerana saya gemuk. Gemuk itu tidak salah tetapi bentuk badan saya tidak feminin.
"Bentuk badan saya jadi seperti lelaki dan saya tidak sukakan bentuk itu," katanya.
Bekerja sebagai tukang masak tentera laut, Diana mempunyai koleksi lebih daripada 45 helai korset bernilai AS$1,955 (RM7,700) untuk membantu mengekalkan bentuk pinggangnya yang ramping.
“Saya terasa seperti tidak memakai baju dalam bila tidak memakai korset. Kerana sudah terbiasa, saya akan tetap memakainya.”
Dengan berat 60kg, Diana kini memakai pakaian bersaiz, 2 -4 dan mahu menonjolkan pinggang yang ramping walaupun mengakui kadang-kadang ia nampak seperti satu kegilaan.
"Saiz pakaian saya adalah sekitar 2-4, tetapi saya perlu tonjolkan ukuran pinggang ramping yang saya ada walaupun kadang-kadang ia nampak seperti satu kegilaan,’ ujarnya lagi.
Suaminya, Brett, sangat prihatin dengan senaman pinggang Diana yang ketat namun tidak mahu isterinya mempunyai pinggang yang lebih kecil.
"Mula-mula saya bimbang dengan kesihatannya apabila pulang dari bertugas. Saya minta dia jumpa doktor," kata Brett.
Doktor mengesahkan semuanya dalam keadaan baik dan Brett memikirkan isterinya itu masih relevan.
Jelas seorang pegawai tentera laut itu, cukuplah dengan pinggang yang bersaiz 18 inci.
"Amalan itu telah meningkatkan keyakinan dirinya. Ini membuatkan dia bahagia.
Isteri bahagia, hidup bahagia,’ tambahnya.
Bagaimanapun, amalan ini juga pernah diamalkan model Venezulea, Aleira Avendano, 25 yang memakai korset selama 23 jam untuk tempoh 6 tahun bagi memiliki pinggang 19 inci.
#California #cantik #kecantikan #korset #pinggang #tentera
;