Demam Harry Potter melanda dunia dengan pelancaran buku baharu
Kohilah Sekaran
Julai 31, 2016 18:57 MYT
Julai 31, 2016 18:57 MYT
BUKU edisi kelapan, “Harry Potter and The Cursed Child - Part I & II” telah dilancarkan di seluruh dunia hari ini.
Buku yang ditulis oleh J.K Rowling bersama Jack Thorne dan John Tiffany itu dilancarkan selepas tayangan perdana pertunjukan pentas di United Kingdom semalam.
Kedai buku di seluruh dunia telah menyambut pelancaran itu dengan mengadakan sambutan khas untuk peminat - dengan beberapa pengunjung berpakaian seperti watak kesayangan mereka dari siri tersebut.
Seperti biasa, peminat Harry Potter di seluruh dunia berkongsi keterujaan mereka menerusi media sosial dengan pelancaran buku tersebut.
Kesetiaan peminat juga boleh dilihat apabila mereka sanggup beratur beberapa jam di hadapan kedai - hanya untuk menjadi antara pemilik terawal.
Pakistan
United Kingdom
Portugal
India
Dubai
Singapura
Melbourne
Malaysia
Menurut laman Pottermore, “Harry Potter dan the Cursed Child” akan membawa kisah hidup Harry Potter selepas 19 tahun, di mana Harry Potter kali terakhir dilihat melambai kepada dua anak sulungnya yang berlepas ke Hogwarts dalam “Harry Potter and the Deathly Hallows”.
Ia akan mengisahkan pergelutan Harry Potter sebagai seorang pekerja yang bekerja keras di 'Ministry of Magic' serta perjuangan Harry Potter bersama anaknya Albus dalam mempertahankan legasi keluarga mereka.