Datuk Lat lancar Apa Cerita? oleh Mie

Arfa Yunus
Jun 1, 2013 20:31 MYT
Kartunis terkenal, Datuk Lat hari ini menyempurnakan majlis pelancaran buku Apa Cerita? hasil karya Ahmad Hilmy Abdullah atau lebih dikenali sebagai Mie di Puchong, Selangor, hari ini.
Buku Apa Cerita? ini memaparkan lebih 50 karya kartun yang berkisar mengenai isu semasa, kehidupan seharian Mie serta nostalgia pada hari raya dan bulan puasa.
Buku Apa Cerita? hasil karya Mie dijual dengan harga RM20 senaskhah.
Beliau menyifatkan Lat sebagai inspirasi dan idola beliau dalam bergiat aktif menjadi seorang kartunis.
“Kartun-kartun saya sebenarnya banyak terpengaruh dengan karya-karya Datuk Lat. Beliau merupakan inspirasi saya semenjak saya kecil dan sehingga sekarang saya masih terikut-ikut dengan kartun-kartun beliau.
“Saya mula berminat untuk menceburi bidang ini selepas membaca karya Datuk Lat pada 1970 iaitu Keluarga Si Mamat,” kata Mie.
Datuk Lat (kiri) bersama Mie (tengah) dan Datuk A. Kadir Jasin (kanan) dimajlis pelancaran Apa Cerita?.
Mie merupakan seorang arkitek berpengalaman serta kartunis bebas yang menyumbang karyanya kepada Majalah Batu Api sekitar 1980-an.
Terbitan buku Apa Cerita? ini dianggap sebagai usaha ‘come back’ Mie bagi memeriahkan dunia kartun dan ia boleh didapati pada harga RM20 senaskhah.
#Apa Cerita? #Datuk Lat #kartunis #majlis pelancaran #Mie
;