Datuk Aliff Syukri makan durian di lapangan terbang, netizen pula bergaduh

Madiha Abdullah
Mei 29, 2016 21:01 MYT
Foto Aliff Syukri makan durian bersila di lantai jadi bahan netizen berbalah sesama sendiri.
Hanya kerana memuat naik gambar dia dan keluarga bersila di atas lantai di lapangan terbang sambil makan durian, akaun Instagram pengasas D'Herbs, Datuk Aliff Syukri, menjadi medan pergaduhan netizen.
Masing-masing punya pendapat tersendiri sehingga ada yang mula naik angin apabila pendapat mereka disangkal.
Melihat pada komen-komen yang diterima pada gambar itu, ada sebahagian yang merasakan Datuk Aliff merendah diri sambil memuji caranya yang nampak tidak kisah duduk di atas lantai walaupun merupakan seorang selebriti dan kaya-raya.
Tetapi ada juga sebahagian lagi yang tidak senang dan berpendapat tindakan itu sebagai kurang sopan, selain menganggap bau durian boleh menganggu orang lain yang berada di situ.
Malah, dengan nada menyindir, ada yang beranggapan jika bukan kerana nama Datuk Aliff Syukri, sudah tentu pengawal keselamatan akan menegur dan menghalang mereka daripada berbuat demikian.
Bukan sekadar itu, malah ramai juga yang mengambil kesempatan mengusik typo pada kapsyen yang dimuat naik pada gambar itu.
Bersama gambar itu, Datuk Aliff memaklumkan dia dan keluarga akan terbang ke Auckland, New Zealand. Namun dalam kapsyennya, jutawan itu menulis 'Auckland, Swezeland'.
#Datuk Aliff Syukri #durian
;