Dalgona Coffee kini jadi kopi paling popular sempena tempoh 'duduk rumah'

Asyraf Roslan
Mac 21, 2020 22:43 MYT
Rakyat Malaysia sememangnya sangat kreatif, namun mungkin dalam tempoh PKP sahaja kita akan menyaksikan pelbagai resipi baharu yang dikongsikan di media sosial. - Foto Twitter: @Ashril_92
SEJAK Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan, ramai yang mula berfikir tentang aktiviti yang seronok untuk dilakukan di rumah.
Selain ambil peluang menghabiskan waktu kualiti bersama ahli keluarga dan membersihkan kediaman, ramai juga ada yang mengambil peluang membuat 'tontonan maraton' di televisyen dan di YouTube memandangkan banyak filem serta drama menarik untuk diikuti.
Tidak kurang juga ada yang mengambil peluang 'terperap' di dalam rumah sepanjang pelaksanaan PKP untuk mencuba sesuatu hobi atau skil yang baharu.
Contohnya, jika anda 'menjengah' ke media sosial dalam masa dua atau tiga hari ini, pasti anda ada menemui kegilaan baharu terhadap resepi minuman unik.
Nama 'Dalgona Coffee', mungkin sudah terlekat di minda warganet sejak tular di media sosial sejak beberapa hari ini.
Selain hanya menggunakan seleksi bahan yang mudah dicari di samping cara pembuatannya yang tidak renyah, warganet berlumba-lumba berkongsi video dan gambar di susur masa akaun media sosial masing-masing.
Secara asasnya, minuman itu hanya memerlukan serbuk kopi, gula, air panas, susu segar dan juga ais.
Apa yang perlu dilakukan adalah dengan mengisar campuran serbuk kopi, gula dan air panas seterusnya dituangkan ke dalam susu segar berais.
Lebih menarik, ada antara mereka yang memuat naik video dengan aksi mereka menyediakan kopi tersebut secara kreatif, sekali gus menjadikan hasil akhirnya kelihatan mahal dan lebih menyelerakan.
Ini kami kongsikan antara mereka yang sudah melakukan 'Dalgona Coffee'.

Ayo @NESCAFE hmu!! (Dalgona coffee gone wrong ) pic.twitter.com/L95puzRcJX

— Afiqu Tenpenny (@replucu) March 19, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dalgona Iced Coffee Orang lain dah buat,aku pun nak try jugak #ShotOniPhone pic.twitter.com/9eV3weBiuV

— i'mISKNDR (@aazmeeriskndr) March 21, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Semua nak flex buat dalgona coffee nak gakk pic.twitter.com/g3tTTgLMgX

— nak apo nyah (@Waninordin__) March 21, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

i made dalgona coffee and broke my fingers while whisking it pic.twitter.com/3J6yQjuWHe

— yase (@epiuphoria) March 21, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Yeayyyy jadi pon Alhamdulillah #dalgonacoffee pic.twitter.com/RhJXQ5Bn1S

— deena (@dnaaisma) March 21, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

my first #tiktok and home made dalgona coffee...i learned it from @milktpapi pic.twitter.com/VSFULhHMU2

— bulgogi and chill (@spamfriedriceu) March 21, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Dalgona Almond Iced Coffee 10/10 Pixel 4 XL https://t.co/WRualw7gZl pic.twitter.com/RLEhXrKMop

— ASH (Foodhunter) (@Ashril_92) March 19, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bahkan, terdapat netizen yang berkongsi resipi yang khusus bagi mereka yang tidak minum kopi.
Rakyat Malaysia sememangnya sangat kreatif, namun mungkin dalam tempoh PKP sahaja kita akan menyaksikan pelbagai resipi baharu yang dikongsikan di media sosial.
Bukan sekadar di Malaysia, malah trend berkenaan juga tular di seluruh dunia.
Siapa yang sudah buat, apa kata anda kongsikan gambar dan video 'Dalgona Coffee' anda!
#COVID-19 #dalgona coffee #duduk rumah #Hapus COVID-19
;