Dalam sardin ada cacing? Tiba-tiba, cacing 'nematoda' jadi tumpuan dunia

Nursyazwani Saiful Sham
April 20, 2018 17:05 MYT
Cacing yang ditemui dalam produk ikan sardin dari negara China. - Sumber foto: Twitter/@DGHisham
Sejak beberapa hari lalu, kecoh di platform media sosial apabila cacing mati ditemui dalam produk ikan sardin dari negara China.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan berkata, produk ikan sardin dari negara China mengandungi bendasing iaitu nematoda (sejenis cacing).
Namun, apakah sebenarnya nematoda itu? Ini apa yang perlu anda tahu:
Terdahulu, berdasarkan hasil analisis yang dijalankan, KKM mendapati Canned Sardines in Tomato Sauce berjenama TL Tan Lung keluaran syarikat Fujian Yongfa Co. Ltd dan Sardines in Tomato Sauce berjenama TLC keluaran syarikat Dongshan Dongyi Foods Co. Ltd. tidak mematuhi Akta Makanan 1983.
#cacing #China #Kementerian Kesihatan #KKM #makanan #nematoda #sardin
;