Comelnya... anak perempuan Salah tunjuk bakat jaringkan gol

Madiha Abdullah
Mei 13, 2019 10:48 MYT
Anak perempuan Salah memikat hati peminat apabila dilihat cukup lincah melakukan dribble bola.- AP NEWSROOM
GAGAL menjulang trofi kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, suasana di Anfield tetap meriah apabila dua pemain Liverpool, Mohamed Salah dan Sadio Mane muncul pemenang kasut emas sebagai penjaring terbanyak.
Namun ada perkara lain yang lebih menarik perhatian netizen selepas tamat perlawanan menentang Wolverhampton Wanderers awal pagi tadi.
Kelibat anak perempuan Salah memikat hati peminat apabila dilihat cukup lincah melakukan dribble bola dari tengah padang sehinggalah 'menjaringkan' gol.
Si comel bernama Makka itu dirakam membawa bola dari luar kawasan penalti menuju ke arah gawang gol, sekali gus memaparkan kehebatannya mengendalikan bola.

Mo Salah's daughter scores in front of the Kop pic.twitter.com/VjTgDmETj2

— ESPN FC (@ESPNFC) May 12, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Salah dapat dilihat tersenyum bangga melihat aksi anaknya itu, yang menerima tepukan dan sorakan gemuruh peminat.
Makka, 5 tahun, merupakan anak tunggal Salah dan isterinya, Magi.
#anak #EPL #Liga Perdana Inggeris #Liverpool #Makka #Mohamed Salah
;