Coklat perang dunia pertama berusia 103 tahun ditemui

Agensi
Jun 3, 2018 14:47 MYT
Semasa perang dunia pertama berlangsung, pihak tentera yang berkhidmat di Perancis semasa perayaan Krismas diberikan hadiah yang dibuat di Mandfield, Nottinghamshire. photo: CJM Auctioneers
SEMBILAN keping coklat jenama Cadbury yang dipercayai berusia 103 tahun ditemui dalam sebuah kotak tin aluminium milik hero perang dunia pertama dan juga Rejimen Leicestershire, Richard Bullimore.
Selain coklat, beberapa barangan peribadi lain seperti rokok, surat dan pingatnya turut ditemui.
Menariknya hanya satu daripada 10 keping coklat ini dimakan dan kesemua lebihan ini dijual pada lelongan antik oleh pusat lelongan Eddisons CJM yang berpangkalan di Scunthorpe.
Semasa perang dunia pertama berlangsung, pihak tentera yang berkhidmat di Perancis semasa perayaan Krismas diberikan hadiah yang dibuat di Mandfield, Nottinghamshire.
Kotak tin tersebut dipercayai dihasilkan oleh Barringer Wallis & Manners di Mansfield yang merupakan salah satu pengeluar alatan berasaskan tin.
Salah satu sebab mengapa coklat dan rokok tersebut tidak dimakan dan digunakan adalah kerana Bullimore bukanlah seorang penggemar coklat dan tidak merokok.
Bullimore juga pernah menerima pelbagai penghargaan sepanjang berkhidmat dalam pasukana tentera.
Beliau meninggalkan tentera pada 1919 dan kembali ke berkhidmat di Leicestershire sebagai polis yang disertainya terlebih dahulu sebelum meletus perang dunia pertama.
#barringer wallis & manners #cadbury #eddisons cjm #mandfield #nottinghamshire #richard bullimore #scunthorpe
;