Chromebook bakal cabar pasaran iPad

Haider Yutim
Oktober 22, 2012 08:20 MYT
Google dan Samsung Electronics akan menjual komputer riba mereka, Chromebook, dengan harga hanya USD 249 (RM760.40).
Produk yang diumumkan hari ini bertujuan memberi saingan kepada jualan daripada produk terbaru Microsoft dan Apple.
Walaubagaimanapun, komputer riba yang berharga rendah ini tidak mempunyai cakera keras untuk simpanan dan beroperasi di atas sistem operasi Google Inc. Chrome Web yang agak baru.
Ini bermakna sambungan Internet adalah penting.
Pelbagai produk yang berharga lebih tinggi yang beroperasi menggunakan Windows 8 Microsoft Corp akan mula dijual minggu hadapan.
Apple Inc pula dijangka memperkenalkan versi iPad yang lebih kecil secara meluas pada Selasa ini.
#Chromebook #Google #iPad #laptop #Samsung