Cerita di sebalik idea 'beg perut boroi'

Madiha Abdullah
September 20, 2017 21:05 MYT
Demi memuaskan keinginan itu, Pukies mereka 'perut buncit palsu' dalam bentuk sebuah beg. -Foto thedadbag.com
TANYALAH kepada mana-mana lelaki, jika mereka mempunyai pilihan, penampilan berperut buncit atau boroi pasti mahu dielakkan.
Tetapi peliknya bagi seorang lelaki di London, Albert Pukies, dia mengidamkan penampilan sedemikian.
Demi memuaskan keinginan itu, Pukies mereka 'perut buncit palsu' dalam bentuk sebuah beg.
Beg 'pouch' itu dinamakan The DadBag, dan mempunyai keluasan yang agak besar dan mampu menyimpan pelbagai barangan peribadi seperti dompet, telefon, malah tin minuman juga boleh dimuatkan di dalamnya.
"Saya suka penampilan perut buncit tapi risaukan risiko kesihatan.
"Saya dapat idea untuk merealisasikan keinginan itu melalui beg ini," kata Pukies kepada portal Metro UK.
Buat masa ini, The DadBag belum dipasarkan di mana-mana, namun Pukies bersedia melakukannya jika ada yang berminat mahu membantunya mendapatkan modal untuk memasarkan beg tersebut.
#beg #boroi #fesyen #lelaki #The DadBag
;