SHARJAH (Emiriah Arab Bersatu): Kesibukan ibunya bekerja, namun masih punya masa menyediakan juadah enak untuk keluarga membenihkan azam kepada cef selebriti, Anis Nabilah untuk membawa masakan Malaysia ke tahap lebih tinggi.
Anis atau nama penuhnya Anis Nabilah Umaruddin, 36, berkata setiap kali ibunya Sharifah Bibi, 67, pulang daripada bekerja, ibunya akan memanggil dia dan adik-beradik perempuan yang lain untuk membantu menyediakan masakan di dapur.
"Kami semua ada tugas masing-masing, memotong bawang, sayur, untuk membantu ibu menyediakan makanan untuk kami lapan beradik, dari situ timbul minat memasak sejak saya kecil lagi," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Festival Membaca Kanak-Kanak Sharjah ke-13 di sini.
Anis mula memasak sendiri ketika berusia 10 tahun dan kini telah 14 tahun berkecimpung dalam dunia kulinari, membolehkan gadis kecil molek ini menjelajah dunia membawa resipi masakan Malaysia ke mata dunia.
Beliau juga satu-satunya cef selebriti Malaysia yang muncul dalam program travelog My Taste of Hong Kong (TLC Asia) dan Eating Wild (Asian Food Channel).
"Malaysia ini bukan hanya kaya dengan makanan lazat, tetapi juga menjadi budaya suka menjamu tetamu untuk makan, jika orang luar datang ke negara kita, antara perkara pertama kita tanya ialah: 'Dah makan makanan Malaysia?'...kita sangat suka jika tetamu rasa masakan kita," katanya yang telah ke Itali, Australia, Dubai, Hong Kong, Singapura dan Indonesia untuk memenuhi undangan masakan.
Berkongsi pengalamannya memenuhi undangan 'showcase' masakan di seluruh dunia, Anis berkata beliau pernah menyediakan roti jala kuah durian dan rendang nangka muda kepada penonton asing.
Katanya setiap kali berada di sesebuah negara, beliau akan memasak resipi Malaysia namun menyesuaikannya dengan bahan-bahan masakan yang terkenal di negara itu.
Lulusan Diploma Kulinari dari Institute Food of Malaysia itu berkongsi tip mempertingkatkan ilmu masakan iaitu dengan banyak bertanya daripada peniaga makanan dan bahan mentah bagi memastikan setiap bahan yang dimasak menghasilkan rasa yang sempurna.
"Saya tak malu masuk ke dapur kedai makan dan ke pasar ikan untuk bertanya kepada mereka yang berpengalaman untuk belajar lebih dalam mengenai sesuatu masakan atau bahan, ya kita boleh belajar ilmu masakan daripada Youtube dan cari resipi dalam Internet tetapi tidak sama dengan kita belajar sendiri daripada orang yang lebih pakar," katanya.
Resipi ringkas dan berkhasiat Anis kini terkandung dalam buku masakan 'Comfort Food For Thermomix by Chef Anis' yang telah menjengah pasaran.
Bercita-cita membuka sebuah restoran di bawah jenamanya sendiri, Anis berkata impian itu bakal tertunai apabila dia benar-benar bersedia kerana ingin memastikan dirinya punya masa sepenuhnya untuk mengurus restoran.
"Ia seperti kita melahirkan anak, kita kena jaga sepenuh masa, dan saya berharap suatu ketika yang sesuai, saya akan dapat melaksanakannya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 14 2022
Anis Nabilah menunjukkan bakat memasak di Festival Membaca Kanak-Kanak Sharjah ke-13 yang sedang berlangsung dari 11 sehingga 22 Mei 2022. - Foto BERNAMA
Pantau Belanjawan: Undang-undang lapuk dalam menghadapi cabaran global
Malaysia tidak boleh masih memiliki undang-undang lapuk bagi menangani banyak cabaran baharu yang muncul, terutamanya dalam mengharungi arus kemajuan pesat teknologi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bersama Pensyarah Kanan di Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, Redza Zakaria untuk membincangkan bagaimana sistem perundangan Malaysia bukan sahaja relevan tetapi juga mampu menyesuaikan diri dengan cabaran baharu, sekaligus melindungi kesejahteraan rakyat dan memperkukuh kedudukan negara di pentas global.
2,765 anggota polis Filipina bermasalah diambil tindakan pada 2024
Menurut Ketua Polis Nasional Filipina (PNP), Jeneral Rommel Francisco Marbil,daripada jumlah itu, seramai 1,112 anggota menerima hukuman penggantungan, termasuk seorang kolonel, 19 leftenan kolonel, 29 mejar, 30 kapten dan 22 leftenan.
Lebih 1000 migran jalan kaki teruskan perjalanan masuk AS
Lebih 1,000 imigran, termasuk beberapa orang warga Venezuela berjalan kaki dari bandar Tapachula di selatan Mexico menuju ke Amerika Syarikat.
Kumpulan penyiasat serah laporan awal kepada PBB
Pihak berkuasa Korea Selatan yang menyiasat nahas pesawat Jeju Air bulan lepas telah menyerahkan laporan awal kemalangan kepada agensi penerbangan PBB dan pihak berkuasa Amerika Syarikat, Perancis dan Thailand.
OP Bersepadu: had laju Jalan Persekutuan turun 80km/j
Kerajaan akan melaksanakan Ops Bersepadu selama enam hari bermula 28 Januari hingga 2 Februari ini bagi memastikan perjalanan pengguna jalan raya lancar sempena perayaan Tahun Baru Cina tahun ini.
Israk dan Mikraj: Perjalanan spritual yang punyai impak besar - PM Anwar
Menerusi perkongsian di platform media sosial, Anwar berkata, keistimewaan yang dianugerahkan kepada Rasulullah SAW melalui perjalanan Israk dan Mikraj merupakan satu perjalanan spiritual yang hadir bersama amanah solat punya dampak yang besar kepada roh dan kekuatan dalaman umat.
Selepas kebakaran, California kini diancam banjir, tanah runtuh
Selepas dilanda kebakaran hutan terburuk yang mengorbankan lebih 27 nyawa, California kini diancam hujan lebat dan bencana tanah runtuh.
UMNO cadang had umur anggota sayap puteri 40 tahun
Naib Presidennya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, cadangan berkenaan juga sudah dibawa ke peringkat negeri dan bahagian UMNO di seluruh negara untuk dibincangkan serta diperhalusi secara mendalam.
Tahun Ular Kayu 2025 bawa 'qi' positif
2025 disifatkan sebagai 'tahun pengumpulan' yang dilihat mampu menjadi titik tolak dalam meraih banyak unsur positif seperti kemewahan dan kemeriahan.
KPKT peruntuk RM16 juta untuk pembinaan baharu Pasar Pasir Pinji
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan RM16 juta bagi pembinaan semula Pasar Pasir Pinji, Ipoh.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pembinaan pasar baharu itu bermula pada 20 November tahun lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada November 2026.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pembinaan pasar baharu itu bermula pada 20 November tahun lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada November 2026.
"Tiada apa-apa yang hendak saya komen" - Chef Fikree tutup mulut isu didakwa curang
Mungkin itu lebih baik...
Saya cuci tandas untuk tambah pendapatan - Datuk Fazley
Cef selebriti terkenal tanah air, Datuk Fazley Yaakob mengakui pernah bekerja sebagai pencuci tandas dan pencuci pinggan di sebuah restoran India ketika belajar di New Zealand.