Cassandra, Ashlyn ditabal Miss International Malaysia 2024
Astro Awani
Oktober 7, 2023 12:58 MYT
Oktober 7, 2023 12:58 MYT
KUALA LUMPUR: Dua jelitawan tanah air, Cassandra Yap dan Ashlyn Ooi diumumkan sebagai Miss International Malaysia (MIM) 2024 dalam satu acara yang berlangsung baru-baru ini.
Sebagai menepati kriteria pemilihan, penganjur kekal menititikberatkan kecantikan serta kecerdasan, bakat dan keanggunan yang dijelmakan oleh wanita Malaysia.
Penganjur Miss International Malaysia percaya bahawa setiap peserta adalah ratu Miss International Malaysia kerana mereka telah menunjukkan dedikasi mereka ke arah mencapai impian masing-masing.
Dianjurkan oleh Persatuan Pentas Anak Seni Malaysia (PPASM) dan dipersembahkan oleh SunStrong Entertainment, MIM turut meraikan kepelbagaian budaya negara dan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap kelestarian.
Dalam masa sama MIM memberi penekanan pada nilai teras, cita-cita dan aspirasi Malaysia ke pentas global.
Menurut Presiden dan Pengarah Kebangsaaan PPASM dan MIM, setiap peserta MIM hadir dengan pelbagai latar belakang dan menzahirkan hati Malaysia serta intipati unik dan berfungsi sebagai suara untuk pelbagai tradisi, masyarakat dan kepercayaan.
Beliau berkata, peganjuran MIM bukan sahaja untuk menyentuh kehidupan tetapi untuk mengubahnya secara mendalam.
Pertandingan ratu cantik ini, jelasnya, berfungsi sebagai bukti kemajuan, keterbukaan dan dedikasi Malaysia terhadap tujuan bermakna yang bergema secara mendalam di peringkat tempatan dan global.
"Berikan sokongan anda, kongsi cerita anda dan sertai kami dalam misi kami untuk menjadikan Miss International Malaysia lebih berkesan.
"Sama ada anda bakal peserta, penaja atau penyokong, kami amat menantikan penyertaan anda dalam membentuk naratif keindahan, kekuatan dan kepentingan budaya Malaysia," kata Pengerusi MIM, Jenny Ngu pula.