Cara buat bawang goreng rangup dan wangi ikut petua mak
Rasa
September 26, 2021 09:46 MYT
September 26, 2021 09:46 MYT
SEDAPNYA bawang goreng ini dan kalau boleh, mahu atah sampai habis sepaket. Nampak macam senang sahaja jika dibuat sendiri.
Sebenarnya senang sangat untuk membuat bawang goreng 'homemade' di rumah. Lebih segar, lagi rangup dan wangi dan yang paling penting, jimat.
Jom kita lakukannya mengikut resipi daripada Ahmad Salehuddin Amirwan ini. Senanglah nak makan bawang goreng, stok sudah ada.
CARA MEMBUAT BAWANG GORENG RANGUP DAN WANGI
1. Mula-mula kupas kulit bawang. Nak mudah, rendam dalam air panas jadi senanglah untuk dikupas kulit.
2. Kemudian, hirislah bawang itu nipis-nipis.
3. Lepas dihiris, cuci bawang bersih-bersih dan toskan sampai bawang betul-betul kering.
4. Selepas sudah kering, bolehlah panaskan minyak dalam kuali. Minyak harus betul-betul panas, baru masukkan bawang. Kemudian, rajin-rajinlah gaul supaya bawang itu masak sekata.
5. Apabila sudah kekuningan garing, bolehlah angkat dan toskan minyak. Tunggu sejuk baru masukkan dalam bekas.
TIPS DARIPADA MAK:
* Apabila warna bawang sudah mula kekuningan, bolehlah perlahankan api dapur supaya bawang tidak hitam dan hangus.
* Bahagian inilah biasanya orang terlepas pandang kerana apabila hitam, bawang itu akan menjadi pahit dan tidak sedap.
* Sentiasa kacau apabila sudah perlahankan api. Kacau sampailah ia garing. Sudah garing bolehlah angkat.
* Saya buat 2kg bawang dapatlah 1 bekas.
Kredit: Ahmad Salehuddin Amirwan
* Artikel asal disiarkan di Rasa.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!