Buntu nak pilih hari bahagia? Ini tarikh 'cantik' untuk kahwin pada 2021
Asyraf Roslan
Ogos 9, 2020 16:32 MYT
Ogos 9, 2020 16:32 MYT
SETIAP pasangan yang ingin membina mahligai perkahwinan pasti sudah membuat perancangan yang teliti bagi memastikan hari terindah dalam kehidupan berlangsung tanpa cacat cela.
Bukan sahaja persiapan tempat, baranganan perkahwinan malah pemilihan tarikh juga merupakan satu simbolik untuk hari bahagia bagi pasangan yang mahu menamatkan zaman bujang.
Pandemik COVID-19, sedikit sebanyak telah memberi impak kepada pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga termasuk keperluan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Dalam masa sama, pemilihan tarikh juga penting supaya perancangan dapat disusun dengan baik supaya majlis akan berjalan lancar.
Terdapat juga segelintir pasangan memilih tarikh perkahwinan yang membawa maksud tersendiri atau melambangkan momen penting dalam hidup mereka seperti hari lahir, detik pertama kali berkenalan atau pada musim cuti umum.
Pemilihan tarikh yang signifikan juga penting buat kaum lelaki untuk memandangkan kaum adam sering kali "dikatakan" mudah lupa pada tarikh-tarikh penting.
Jadi masih buntu untuk memilih hari bahagia, berikut kami kongsikan tarikh-tarikh keramat untuk mereka yang mahu berkahwin pada tahun hadapan.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!