Bulu kening pokok Krismas? Pelik atau menarik
Syafik Shukri Jalil
Disember 9, 2017 12:47 MYT
Disember 9, 2017 12:47 MYT
TAHAP kreativiti manusia sememangnya sukar dijangka lebih-lebih lagi melibatkan hal kecantikan.
Bersempena dengan perayaan Krismas yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi, satu gaya terbaharu untuk kening diperkenalkan.
Gaya baharu ini diinspirasikan seorang wanita di Hong Kong, Taylor R menerusi laman sosial di instagramnya.
Menerusi instagramnya @, dia berkongsi beberapa keping gambar hasil kreativitinya dan mula meraih perhatian netizen khususnya golongan wanita seluruh dunia.
Disebabkan itu, ramai wanita lain cuba melakukan perkara sama dengan mempelbagaikan lagi fesyen yang meriah di bahagian bulu kening mereka.
Sekali pandang memang nampak pelik tapi apa salahnya nampak berbeza..