Bukit Jalil, destinasi terakhir Planet Gempak Astro

Khairunnisa Kasnoon
November 9, 2013 12:59 MYT
Planet Gempak Astro diteruskan ke destinasi seterusnya di Kuala Lumpur selepas Johor Bahru, Kuantan dan Batu Kawan, Pulau Pinang.
Berlangsung di perkarangan Stadium Bukit Jalil, Planet Gempak edisi keempat ini merupakan yang terakhir bagi 2013.
Astro memberi peluang kepada pelanggannya serta orang ramai merasai dunia sebenar Astro dengan pelbagai acara menarik di lima zon menarik, sukan ekstrem, hiburan, universal, cilik dan informatif.
Astro AWANI di bawah zon informatif menyediakan pelbagai acara menarik antaranya Liga Mini Ramp Adrenalin, sesi ujibakat pembaca berita dan uji bakat kanak-kanak Festival Toon Malaysia 2013, yang mengcungkil bakat muda dalam dunia animasi tempatan.
Planet Gempak Astro berlangsung pada Sabtu dan Ahad dari 10 pagi hingga 10 malam dengan 250,000 sasaran pengunjung.
#Astro Awani #Planet Gempak Astro
;