Breitling Chronomat 36 dan 32 dominasi stereotaip wanita!
Haikal Raman
November 16, 2020 08:31 MYT
November 16, 2020 08:31 MYT
KUALA LUMPUR: Breitling terus menavigasi dunia horologi dengan hasil penciptaan model jam tangan ikonik sejak tahun 1940, khususnya bagi variasi pilihan dalam kategori aksesori wanita yang peka fesyen.
Bermula pengenalan TransOcean yang dilihat sebagai ‘ekspresi kejituan Breitling paling mengagumkan’ pada tahun 1957, ia kemudiannya disusuli ‘pengaruh’ yang dibangkitkan melalui rekaan The Lady J bersama ‘statement’ terbaik pada tahun 1990.
Garis masa penghasilan model terbaharu jenama itu turut membawa kepada penciptaan Breitling Galactic bersama gabungan elemen kemewahan tanpa mengkompromi nilai teknikal yang sofistikated pada tahun 2010.
Label jam tangan dari Switzerland berkenaan baru-baru ini turut memperkenalkan model ikonik Navitimer 35 dan 38 serta rekaan gaya kesukanan menerusi Superocean 36.
Tidak terhenti di situ, Breitling kini hadir dengan tumpuan baharu yang membawa kepada pelancaran seleksi jam tangan Chronomat 36 dan 32 – rekaan istimewa bagi wanita dengan tafsiran personaliti dan gaya sebagai penutup tahun 2020.
Ketua Pegawai Eksekutif Breitling, Georges Kern berkata, inspirasi bagi koleksi terbaharu tersebut adalah daripada personaliti wanita Breitling yang dipilih bagi menjayakan kempen dianjurkan syarikat bersama tanda pagar #SQUADONAMISSION: Wanita dengan tujuan, bertindak serta gaya.
Kempen tersebut membariskan ‘Sportlight Squad’ iaitu Charlize Theron, Misty Copeland dan Yao Chen. Ketiga-tiga mereka merupakan individu luar biasa yang berjaya meneraju dalam lapangan masing-masing serta menghapuskan stereotaip atau tanggapan yang dikaitkan dengan jantina.
Bersedia bagi sebarang misi!
Koleksi bagi siri Chronomat 36 dan 32 membawa wanita kemana sahaja yang mereka inginkan. Ia direka khusus kepada wanita serta disesuaikan dengan sebarang misi mereka.
Pada awal penghasilan Chronomat pada tahun 1980-an, jam tangan ini memberi fokus ekspresi kepada wanita dengan sifat inovasi yang berkeinginan membentuk semula atitud serta mencabar stereotaip semasa.
Beridentitikan gaya sukan namun masih mengekalkan ciri menawan, jam tangan dengan inspirasi gabungan moden retro itu membawa si pemakai kepada mana-mana kesesuaian acara, samada pertemuan bagi urusan perniagaan hingga ketika bersantai di pantai. Ia sekali gus menonjolkan gaya kecekapan dan bersahaja.
Kemewahan sehari-hari Chronomat dalam dua saiz dan paparan pelbagai.
Rangkaian jam tangan Chronomat bagi wanita ini dicipta bersama ‘gelang tangan’ ikonik Breitling, Rouleaux dengan rekaan kancing rama-rama yang meningkatkan lagi ciri serta suntikan lebih anggun dalam edisi tersebut.
Seperti koleksi Breitling yang lain, kronometer jam tangan terbaharu jenama itu turut diiktiraf oleh Institut Pengujian Kronometer Rasmi Switzerland (COSC), yang mana kalis air sedalam 100 meter dan amat sesuai kepada mereka yang gemar berenang, menyelam, belayar mahupun berendam di dalam tab mandi.
Daripada segi kemasan, selain pilihan saiz (36mm Automatik dan 32mm SuperQuartz™), koleksi ini turut ditawarkan dalam bingkai logam: keluli tahan karat, bersama dual warna atau kemewahan 18 k emas merah. Mereka yang inginkan lebih percikan kemewahan boleh memilih set bezel dan indeks berlian.
Chronomat Automatik 36 dikuasakan oleh kaliber Breitling 10 dengan daya kisar (reserve) kira-kira 42 jam. Terdapat 10 versi sebagai pilihan dengan pilihan dail lakuer istimewa dalam warna putih, pale green, midnight blue, atau copper.
Chronomat 32 hadir dalam kaliber Breitling 77 dan mempunyai hayat bateri tiga hingga empat tahun. Ia hadir dalam tujuh versi dengan dail berwarna putih atau midnight blue.
Ini fakta yang anda perlu tahu berhubung koleksi terbaharu Chronomat 36 dan 32:
Untuk informasi lebih lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Breitling.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar.
#Breitling
#BreitlingWomen
#Chronomat32
#Chronomat36
#PaleGreen
#RedGold
#fashion
#fesyen
#JamTangan
#watch
#CharlizeTheron
#MistyCopeland
#YaoChen
#Squadonamission
#GeorgesKern
#Sofistikasi
#Sophisticated
#TransOcean
#TheLadyJ
#Galactic