Borong kuih raya pada harga promosi RM10 di MyBazar
Atiqah Ismail
Mei 31, 2018 11:38 MYT
Mei 31, 2018 11:38 MYT
Kemeriahan Aidilfitri semakin dirasai, sudah pasti rakyat Malaysia kini sibuk mencari juadah kuih raya yang enak dengan harga berpatutan sebagai persediaan di hari mulia nanti.
Selari dengan sambutan Hari Lebaran yang bakal tiba, pedagang dalam talian Blee menerusi MyBazar menganjurkan ‘Fiesta Kuih Raya’ yang menjual hampir 200 jenis kuih raya daripada 100 peniaga tempatan.
Fiesta dalam talian yang pertama kali dilakukan itu berlangsung secara ‘live’ dari 30 Mei hingga 17 Jun ini.
Pengarah Pemasaran MyBazar, Aaliyah Soraya berharap rakyat Malaysia akan merebut peluang ini untuk membeli sebanyak mungkin kuih-muih yang dijual.
“Saya harap rakyat Malaysia akan mengambil peluang ini untuk memborong kuih raya habis-habisan menerusi tawaran dalam talian di Blee on MyBazar,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menarik lagi, MyBazar juga bakal mengadakan ‘Lelong-lelong Kuih Raya’ yang menyaksikan kuih-kuih raya terpilih dijual pada harga RM10 sahaja pada waktu tertentu bermula 31 Mei hingga 1 Jun.
“Matlamat utama kami dengan promosi RM10 ini dapat merancakkan jualan peniaga tempatan yang meletakkan harapan tinggi pada perniagaan kuih serta biskut raya mereka,” katanya lagi.
Bagi mereka yang berminat, pembelian boleh dilakukan dengan layari laman web rasmi MyBazar (www.mybazar.com) pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
#100 peniaga tempatan
#200 jenis kuih raya
#aaliyah soraya
#Aidilfitri
#Atiqah Ismail
#blee
#fiesta kuih raya
#lelong-lelong kuih raya
#mybazar
#pengarah pemasaran mybazar