Bolehkah kita hidup tanpa Twitter?

Agensi
November 20, 2022 17:38 MYT
Menyahaktifkan akaun Twitter boleh menimbulkan risiko kerana penyamar boleh memanipulasi pengikut seseorang dengan lebih mudah. - AP Photo/Matt Rourke
SITUASI tegang menyelubungi rentetan episod pengambilalihan Twitter oleh Elon Musk sejak beberapa minggu lalu.
Lebih separuh daripada pekerja Twitter telah dipecat atau telah meletak jawatan. Sistem pengesahan tidak lagi bermakna. Manakala pengguna pula melaporkan masalah dengan ciri keselamatan.
Jadi apa yang anda harus lakukan?
Malangnya, tiada jawapan yang mudah. Tetapi apa yang sedang berlaku memberi peluang kepada kita untuk mempelajari cara bagaimana mahu 'menjalin' hubungan yang lebih sihat dengan platform media sosial, dan bagaimana untuk tidak bergantung kepadanya.
Menyahaktifkan akaun Twitter boleh menimbulkan risiko kerana penyamar boleh memanipulasi pengikut seseorang dengan lebih mudah.
Lebih-lebih lagi, mereka yang telah meninggalkan Twitter dengan cepat menyedari tiada alternatif sebenar. Aplikasi seperti Mastodon yang memiliki garis masa seakan Twitter, bukan aplikasi yang mudah bagi sesetengah orang.
Aplikasi lain seperti Reddit lebih terasing dalam pilihan topik. LinkedIn tertumpu pada kerja, Pinterest berkenaan hobi, TikTok fokus pada video dan Facebook mempunyai masalah yang tersendiri.
"Biasanya apabila kita melakukan eksodus, kita akan cari pilihan lain.
"Tetapi masalahnya, apa pilihan yang lain?" kata Zizi Papacharissi, seorang profesor komunikasi di Universiti Illinois-Chicago.
Strategi keluar
Pertama, pengguna perlu sentiasa mempunyai strategi keluar, iaitu apa yang akan dilakukan terhadap data dan kenalan, sekiranya berlaku masalah.
Untuk mengelakkan terlalu banyak masa dilabur pada mana-mana laman media sosial, gunakan pelbagai platform lain dan tidak hanya menumpukan pada satu sahaja.
Bukan hanya menggunakan, tetapi anda juga perlu aktif di semua platform.
Pengguna juga perlu mencari pertindihan antara platform bagi menjadikannya lebih cekap dan membolehkan cross-post pada beberapa platform.
Paling penting, ingatlah bahawa kita mempunyai hidup di luar, bukan hanya di laman sosial.
#Twitter #media sosial #Elon Musk #pengguna twitter
;