Bilik wuduk VVIP: Imam Besar Masjid Negara beri penjelasan

Madiha Abdullah
November 11, 2015 12:20 MYT
Foto bilik wuduk VVIP yang tersebar mengundang kritikan masyarakat. - Foto/Facebook Masjid Negara
Susulan penyebaran beberapa keping gambar bilik wuduk VVIP di Masjid Negara beberapa hari lalu, pihak pengurusan masjid berkenaan tampil membuat penjelasan.
Menerusi akaun Facebook Masjid Negara, Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad menjelaskan, foto-foto itu telah disalah tafsir oleh sesetengah pihak.
Ini kerana, bilik wuduk VVIP itu disediakan untuk kemudahan pembesar-pembesar dari dalam dan luar negara dan ia merupakan salah satu langkah untuk menjaga keselamatan.

Berikut merupakan kenyataan rasmi daripada Masjid Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia berhubung isu gambar Bilik...

Posted by Masjid Negara Kuala Lumpur on
Beliau turut menjelaskan, tiada unsur keeksklusifan pada bilik wuduk itu, tidak seperti yang digambarkan dalam foto-foto yang tersebar.
Pada masa yang sama, Syaikh Ismail juga menegur pihak-pihak tertentu yang melemparkan kritikan tanpa mengetahui rasional disebalik sesuatu perkara itu.
Kata beliau, Masjid Negara mengamalkan keterbukaan dalam menerima teguran dan kritikan, namun ia perlu dibuat melalui saluran yang betul dan tidak dilakukan dengan tujuan provokasi.
Beberapa hari lepas, foto bilik wuduk VVIP di Masjid Negara tersebar meluas di laman sosial, sekaligus mengundang kecaman masyarakat yang mempertikaikan keperluan mewujudkan bilik seumpama itu.
#Imam Besar #Islam #masjid #Masjid Negara #Syaikh Ismail Muhammad #VVIP
;