Biawak betina bertelur tanpa spesis jantan

Agensi
Jun 8, 2019 22:01 MYT
Ibu dan anak biawak ini kini ditempatkan di Pusat Penemuan Reptilia, National Zoo di Washington. - Twitter National Zoo
SEKUMPULAN penyelidik di National Zoo di Washington mengesahkan bahawa seekor biawak kecil betina, atau water dragon, telah menghasilkan anak tanpa pasangan.
Ia dikenali sebagai facultative parthenogenesis, yang bermaksud proses reproduksi tanpa pembabitan spesis jantan, menurut jurnal mengenai penemuan itu yang diterbitkan 5 Jun lalu.
Kata penyelidik, biawak berkenaan sememangnya boleh bertelur tanpa spesis jantan, namun telur yang dihasilkan kebiasaannya tidak subur dan embrio akan mati selepas beberapa ketika.
Justeru, penyelidik tidak mengambil apa-apa tindakan apabila biawak itu bertelur pada 2009.
Tetapi pada tahun 2015, kesemua telur itu dieram untuk tujuan kajian dan penyelidik terkejut apabila mendapati adanya petunjuk bahawa embrionya sedang membesar.
Daripada tiga kumpulan telur yang dieram, hanya satu yang berjaya menetas pada Ogos 2016.

Life found a way at our Reptile Discovery Center! Zoo scientists are the first to confirm our female Asian water dragon underwent facultative parthenogenesisthat is, she reproduced without contribution from a male. LEARN MORE: https://t.co/uJUFr5vTKY. #Science #WeSaveSpecies pic.twitter.com/fegZV4EUgX

— National Zoo (@NationalZoo) June 5, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Hasil analisis DNA mendapati bahawa telur itu sah dihasilkan tanpa spesis jantan," kata Robert Fleischer, Ketua Pusat Geologi Pemuliharaan Smithsonian di Institut Pemuliharaan Smithsonian.
Anak biawak itu kini berada di Pusat Penemuan Reptilia di zoo berkenaan.
#biawak #biawak betina #embrio #jantan #national zoo #penyelidik #reproduksi #spesis #tanpa pasangan #Washington #water dragon #zoo
;