'Biar susah dahulu, selepas itu kita merdeka dari COVID-19' - Warga media sosial

Asyraf Roslan
Jun 12, 2021 22:49 MYT
Ada juga diantara mereka yang merasakan bahawa keputusan menambah tempoh PKP itu memberi sedikit beban kepada mereka lebih-lebih lagi mereka yang menjalankan perniagaan sendiri. - Gambar hiasan
SEPERTI semua sedia maklum, kerajaan telah pun mengumumkan lanjutan tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 selama dua minggu.
Keputusan itu dilakukan seleps mengambil kira jumlah jangkitan harian COVID-19 yang masih pada tahap membimbangkan.
Bagaimana sebenarnya penerimaan rakyat Malaysia mengenai perkara ini, lebih-lebih lagi mereka yang terlibat dalam industri ekonomi?
#DiariLockdown hari ini mendapatkan pandangan warga maya mengenai perkara ini.

#DiariLockdown/ Hari Ke-12 Semalam kerajaan memaklumkan tempoh PKP 3.0 disambung selama dua minggu lagi. Adakah ini merupakan satu cadangan baik? Bagaimana dengan para peniaga, adakah masih boleh bertahan? Kongsi pendapat anda bersama kami#AWANInews pic.twitter.com/93jfykuYHN

— Astro AWANI (@501Awani) June 12, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jika dilihat daripada reaksi pengguna media sosial Astro AWANI, rata-rata bersetuju dengan lanjutan tempoh PKP 3.0.
Bagi @MHN, dia bersetuju dengan langkah tersebut kerana percaya ia bertujuan membendung penularan COVID-19 agar Malaysia bebas daripada wabak tersebut sekali gus dapat kembali seperti kehidupan dahulu.
“Biar susah sekarang, selepas itu kita boleh merdeka dari COVID-19, dari kes ini berpanjangan bertahun-tahun. Tengok negara luar ada yang tak pakai pelitup muka, harap kita semua dapat kembali kepada kehidupan biasa” komennya di laman Youtube Astro AWANI.
@JerryAlright juga berpendapat bahawa keputusan itu demi keselamatan rakyat Malaysia.
BACA: 'Total lockdown' di seluruh negara disambung sehingga 28 Jun
Namun pada masa sama, ada juga di antara mereka yang merasakan bahawa keputusan itu memberi sedikit beban kepada mereka lebih-lebih lagi mereka yang menjalankan perniagaan sendiri.
Berikut merupakan perkongsian lain yang turut dikongsikan oleh pengguna media sosial di laman Youtube Astro AWANI.
#Diari Lockdown #PKP #YouTube #COVID-19 #total lockdown #sekatan pergerakan penuh #perintah kawalan pergerakan #media sosial
;