Betul ke mirip wajah Neelofa, Fazura?

Sinar Harian
September 25, 2018 19:52 MYT
Menerusi Twitter WHO, dia adalah duta kempen, pernah menjadi sukarelawan di Yayasan Natasha Goulbourn, bagi mendidik orang ramai tentang kemurungan dan bunuh diri. - Foto Sinar Harian
PERSIS wajah Neelofa dan Fazura, wanita ini tular di media sosial setelah satu rakaman video kempen kesedaran dimuat naik di Twitter World Health Organization (WHO).

Wajah Kylie Verzosa dikatakan campuran kedua-dua artis itu, betul ke sama?

Di sebalik wajah mirip kedua artis Malaysia, persoalannya, siapa dia sebenarnya?

Menerusi Twitter WHO, dia adalah duta kempen, pernah menjadi sukarelawan di Yayasan Natasha Goulbourn, bagi mendidik orang ramai tentang kemurungan dan bunuh diri.

Malah mewujudkan ‘Mental Health Matters’, sebuah kumpulan sokongan dalam talian yang bertujuan memberi sokongan emosional kepada orang-orang yang mengalami kemurungan, gangguan kecemasan, dan lain-lain bentuk penyakit mental.

Bukan itu sahaja, Kylie juga adalah ratu cantik dunia 2016 dari Filipina.

#bunuh diri #Filipina #Kemurungan #Kylie Verzosa #media sosial #Mental Health Matters #wanita #World Health Organization
;