Berusia 35 tahun ke atas dan kerap sakit dada? Itu petanda bahaya
Keluarga
Januari 15, 2022 10:53 MYT
Januari 15, 2022 10:53 MYT
SECARA amnya apa yang kita faham jika terlalu kerap sakit dada itu menjadi petanda serangan jantung boleh berlaku. Tentu membuatkan kita berasa bimbang dengan tahap kesihatan kita.
Pun begitu, sakit dada juga mungkin disebabkan hal-hal lain seperti jangkitan kuman pada paru-paru (pneumonia), paru-paru bocor (pneumothorax), asid berlebihan dalam perut (reflux oesophagitis), masalah kesakitan otot-otot dada dan masalah berkaitan mental seperti gemuruh (anxiety) dan tekanan (stress).
Memahami lagi adakah petanda sakit dada ini merbahaya kepada kita, apa kata kita baca perkongsian daripada Dr Zubaidi ini.
BILAKAH SAKIT DADA MERBAHAYA?
Apabila anda berada sakit dada, terutama yang berumur 35 tahun ke atas, mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi, kandungan kolestrol dalam darah yang tinggi (hypercholestrole) dan obesiti, serangan sakit jantung adalah punca utama.
Serangan sakit jantung (myocardial infarction) adalah keadaan yang sangat serius. Gumpalan (clot) di saluran arteri jantung menyebabkan bekalan darah ke jantung menjadi berkurang atau terhenti sama sekali.
Semakin lama keadaan ini dibiarkan semakin teruklah kerosakan pada otot jantung.
Bila ianya merbahaya?
Jika selama ini anda selalu rasa kurang selesa di bahagian dada tetapi berasa reda/lega apabila anda rehat.
Ianya akan menjadi tanda serangan sakit jantung yang serius jika :
- Sakit dada menjadi lebih kuat.
- Sakit dada tidak berkurang dengan berehat.
- Sakit dada berlaku bila anda dalam keadaan rehat dan bukan dalam aktiviti atau emosi yang stress.
Sumber : Dr Zubaidi
* Artikel asal disiarkan di Keluarga.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!