Bersenam, bercucuk tanam antara aktiviti hari pertama PKP 3.0 rakyat Malaysia

Farhana Joni
Jun 1, 2021 19:15 MYT
Bersenam, bercucuk tanam dan belajar di rumah antara aktiviti yang dilakukan kebanyakan masyarakat Malaysia pada hari pertama PKP 3.0. - Gambar/ Astro AWANI
TARIKH 1 Jun 2021 pastinya membawa 1,001 makna yang cukup besar kepada seluruh rakyat Malaysia.
Bukan hanya Hari Gawai yang disambut oleh masyarakat Sarawak malah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 turut dilaksanakan, bermula hari ini.
Walaupun bukan kali pertama menjalani perintah ini, namun pastinya ramai sudah merencanakan pelbagai aktiviti yang bakal dilakukan sepanjang 14 hari ini.
Beberapa netizen di laman sosial Astro AWANI berkongsi aktiviti masing-masing, dan mungkin ia boleh dijadikan idea kepada mereka yang lain.
Misalnya Desi Armaya, pengguna Facebook memberitahu, aktivitinya pada hari pertama sekatan penuh PKP 3.0 adalah melakukan projek pertanian di rumah.
Begitu juga dengan @siMuraiBatu yang turut menggunakan kawasan rumah dengan projek penanaman.

Buat batas sayur baru....

— Murai Batu (@siMuraiBatu) June 1, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam pada itu, Valentine Ngadan pula memberitahu dia menyambut Hari Gawai kali ini berseorangan.
Untuk makluman semua, di Sarawak PKP dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat telah berjalan lebih awal iaitu sejak 29 Mei lalu.

Dah hari ke-4 dah sini

— Illiyyinz (@niruniz) June 1, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ada juga menggunakan kesempatan duduk di rumah kali ini dengan merancang menguruskan badan.
Tidak kurang hebatnya juga pengguna di YouTube, seperti Justin Ferdinand yang melakukan senaman dalam rumah.
Sementara itu, pengguna Twitter @TapauCo pula memberitahu, dia menjalankan aktiviti perniagaan dalam talian.

WFH plus buat online bisnes https://t.co/XY94oSLEb5

— TAPAU.CO (@TapauCo) June 1, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagi @illy_bless pula, dia berazam ingin menghabiskan projek akademiknya.

Nak habiskan at least a chapter of physics tutorial with at least 90% understanding about the topic huhu

— Oglio (@illy_bless) June 1, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
@sameonsays pula berkongsi aktiviti hariannya yang cukup seimbang untuk diri sendiri, keluarga dan kerja.

Baca buku self help. Makan nasi lemak masakan isteri. Hadir 2 mesyuarat online. Power nap tengahari. Petang ni hadir dengar taklimat. Buat online shopping sikit. Lepas tu pergi jogging. Best.

— Paul Sameon (@sameonsays) June 1, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Zaharah Kodri pula memberitahu, dia dan suami banyak melakukan aktiviti bersama sepanjang PKP antaranya solat berjemaah dan makan bersama.
Apa pun aktiviti anda, terus patuhi SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dan cuba sentiasa berfikiran positif dalam menjalaninya.
Yakinilah situasi ini hanya sementara, jika kita mampu menurunkan semula lengkuk jangkitan COVID-19 di negara ini.
#PKP 3 0 #perintah kawalan pergerakan #sekatan penuh #WFH #duduk rumah #media sosial #Warga maya #Facebook #Twitter #YouTube #Hari Gawai 2021
;