Bersarung batik dengan kemeja serta bersut, usahawan Kanada ini tular di TikTok

Astro Awani
Oktober 6, 2021 17:17 MYT
Mr Wonderful atau nama sebenarnya Kevin OLeary yang beradal dari Kanada sebelum ini sering mengenakan kemeja berserta sut dengan seluar pendek, namun ini adalah kali pertama dia mengejutkan orang ramai dengan penampilan berkain batik. - TikTok
SATU video TikTok yang dimuat naik oleh pengguna yang menggelar dirinya sebagai Mr. Wonderful baru-baru ini menarik perhatian netizen di kalangan Asia.
Bukan kerana kandungannya yang sering membawakan topik berkonsepkan pengurusan kewangan dan berkongsi tip-tip kerjaya, tetapi kerana penampilannya yang menggayakan baju kemeja berserta sut dengan kain batik sarung berwarna biru.
Mungkin amalan itu dianggap sebagai sesuatu yang dekat di hati mereka yang berasal dari rantau Asia Tenggara, yang mungkin pernah menyertai mesyuarat secara dalam talian dengan menggayakan kemeja, namun di bahagian bawah pinggang hanya mengenakan kain pelikat sebagai pengganti seluar.
Dari sudut biasa rakaman kamera yang hanya memerlukan pandangan wajah, memanglah tiada siapa yang tahu, dan tiada siapa pun yang perlu tahu apa yang dipakai!
Tapi melihatkan gelagat orang Barat menggayakannya, dan sengaja pula ditularkan, ia menjadi sesuatu yang unik dan menghiburkan. Hingga ada yang berjenaka di ruangan komen dengan meminta supaya kain batik itu dipulangkan semula kepada 'ibu' mahupun 'nenek' mereka.
Mr Wonderful atau nama sebenarnya Kevin O’Leary yang beradsal dari Kanada sebelum ini sering mengenakan kemeja berserta sut dengan seluar pendek, namun ini adalah kali pertama dia mengejutkan orang ramai dengan penampilan berkain batik.
Setakat petang 5 petang Rabu, video tersebut sudah hampir mencecah tontonan sebanyak 275,000 dengan jumlah likes yang menghampiri 13,000.
O’Leary yang mendaftar akaunnya sebagai @kevinolearytv di TikTok adalah seorang ahli perniagaan terkenal dan membintangi rancangan realiti TV Shark Tank sebagai pelabur.
#TikTok #usahawan #video #kain batik
;