Berlari 10km mampu hilangkan COVID-19? Dr Rafidah bidas teori mengarut

Gempak
Mac 14, 2022 10:45 MYT
DR RAFIDAH: Dah kenapa pergi berlari 10km di luar?? Nak pass kan virus anda kepada orang lain? -Gempak
PAKAR Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah tampil membidas teori yang mendakwa berlari 10 kilometer (km) mampu ‘menghilangkan’ COVID-19.
Menurut Dr Rafidah, semua itu adalah mengarut dan apabila positif perlu mengasingkan diri dan kuarantin.
“Dah kenapa pergi berlari 10km di luar?? Nak pass kan virus anda kepada orang lain?
“Ada juga ya manusia macam ini. Pendapat saya, elok ditangkap saja,” katanya.

Lari 10km hilangkan COVID19? MENGARUT! 1. Bila positif RTKAg, ASINGKAN diri. KUARANTIN. Dah kenapa pergi berlari 10km diluar??? Nak pass kan virus anda kepada orang lain? Ada juga ya manusia macam ini. Pendapat saya, elok ditangkap saja.

— Rafidah Abdullah (@rafidah72) March 13, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jelasnya, RTK Ag adalah ujian saringan dan jika test PCR masih lagi positif, jangkitan tidak hilang.
“Bagus buat ujian berkala tapi negatif tidak bermaksud anda tiada ya.
“Kalau anda ada jangkitan COVID19, ada risiko serangan jantung.
“Rehat, kekal hidrasi dan makan makanan sihat. Is that too difficult to ask?
“Bukan pergi berlari jarak jauh. Tunggu-tunggulah dahulu,” katanya.
Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah.

Saya bukan pandai sangat buat Tiktok, tapi saya nampak ada keperluan kerana maklumat mengarut begini berlegar di sana. Link https://t.co/dBZ95xB0Yh pic.twitter.com/zhvXE0FrtI

— Rafidah Abdullah (@rafidah72) March 13, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pandangan Dr Rafidah dipercayai merujuk kepada sebuah video yang memaparkan seorang pemuda, dipercayai jurulatih kecergasan, yang bertindak melakukan larian atau joging selepas dua hari disahkan positif COVID-19.
*Artikel asal di Gempak
#COVID-19 #lari 10km sembuh covid #Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologii #Rafidah Abdullah
;