Berjalan selepas setiap hidangan boleh mengelakkan risiko diabetis: kajian
AFP RELAXNEWS
Jun 13, 2013 18:30 MYT
Jun 13, 2013 18:30 MYT
Sekiranya anda berisiko untuk memperoleh diabetis jenis 2, satu kajian mencadangkan untuk berjalan selama 15 minit selepas setiap hidangan untuk mencegah “peningkatan berisiko” kandungan gula dalam darah, walaupun penyelidik berpendapat kajian lebih besar perlu dilakukan untuk mengesahkan keputusan.
Kandungan gula dalam darah meningkat selepas setiap hidangan. Tubuh mereka yang muda dan sihat, insulin membantu membawa gula atau glukosa ke sel-sel otot dan hati, dimana ia disimpan untuk tenaga.
Tetapi sistem tersebut kurang berkesan apabila kita meningkat dewasa, dan membiarkan glukosa yang terlalu banyak dalam darah boleh menyebabkan diabetis jenis 2 dan kerosakan kardiovaskular.
Walaupun penyelidikan sebelumnya telah mengesahkan bahawa senaman, termasuk berjalan selama 45 minit sehari boleh mengurangkan risiko diabetis jenis 2, penyelidik ingin melihat sekiranya perjalanan yang lebih singkat juga bermanfaat, terutamanya kepada warga emas yang kurang aktif.
Penyelidik dari Universiti George Washington, Fakulti Kesihatan Awam dan Perkhidmatan Kesihatan di AS menemui bahawa tiga perjalanan pendek selepas makan adalah berkesan untuk mengurangkan kandungan gula dalam darah lebih daripada 24 jam seperti berjalan selama 45 minit pada kadar yang sama.
Lebih-lebih lagi, berjalan selepas hidangan adalah lebih berkesan berbanding berjalan kaki yang berterusan sehingga tiga jam untuk menurunkan kandungan gula dalam darah, kata penyelidik.
Kajian ini diterbitkan pada 12 Jun dalam Penjagaan Diabetes.
“Perolehan dari kajian tersebut merupakan berita baik kepada mereka yang berada pada umur 70an dan 80an yang hanya berupaya melakukan aktiviti fizikal yang terbatas secara harian, terutamanya sekiranya perjalanan pendek tersebut boleh digabung dengan menjalankan tugasan atau membawa anjing bersiar-siar,” kata peneraju penulis kajian Dr. Loretta DiPietro.
"Pengecutan otot yang berkaitan dengan berjalan pendek adalah berkesan pada kadar segera bagi mengurangkan potensi tinggi kandungan gula dalam darah selepas hidangan yang dilihat pada warga emas,” katanya.
DiPietro dan rakan sekerjanya mengambil 10 orang yang berumur 60 tahun dan lebih yang kurang aktif dan berisiko mendapat diabetes jenis 2. Peserta melengkapkan tiga protokol senaman secara rawak dengan jarak masa empat minggu. Setiap protokol terdiri daripada penginapan selama 48 jam, dengan hari pertama sebagai tempoh kawalan.
Untuk hari kedua, subjek terlibat sama ada berjalan selepas hidangan selama 15 minit atau 45 minit berjalan kaki yang berterusan dilakukan pada jam 10:30 pagi dan 4:30 petang. Semua perjalanan dilakukan di atas papan penginjak pada kadar yang mudah dan sederhana. Peserta makan makanan yang seragam dan tahap kandungan gula dalam darah mereka diukur secara berterusan untuk setiap penginapan selama 48 jam.
Perolehan menunjukkan masa yang sesuai untuk berjalan selepas hidangan adalah selepas hidangan tengah hari, yang merupakan paling besar untuk hari tersebut dan selepas hidangan makan malam pula kandungan gula dalam darah adalah penentu kandungan glukosa berlebihan dalam masa 24 jam, kata penyelidik.
Walaupun kebanyakan orang makan besar sama ada semasa makan tengah hari atau pada waktu makan malam dan kemudian tidur sejenak atau menonton televisyen, DiPietro mengatakan ini adalah "perkara yang paling teruk anda boleh lakukan." Beliau menambah: "Biarlah makanan dihadam sedikit dan kemudian keluar dan bergerak."
Namun, beliau menambah bahawa kerana saiz yang kecil daripada kajian itu, keputusan perlu disahkan dengan ujian yang lebih besar yang merangkumi lebih ramai orang.
Lihat kajian di: Diabetes Care